Ruang - Bentuk Kemasan Tingkap - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Ruang – Bentuk Kemasan Tingkap

Jendela atau lebih popular dengan reka bentuk tingkap adalah elemen penting dalam memastikan ruang kekal privasi selain menyuntik ambien lebih selesa. Berikut panduan untuk memilih kemasan tingkap ideal untuk impak ruang berbeza selain menambah pesona kediaman terutama ketika merai hari istimewa.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamar Beradu

Ruang ini sememangnya memerlukan privasi yang tinggi. Saya syorkan supaya cahaya semula jadi yang hadir adalah perlu di tahap minimum untuk memberikan ketenangan saat ingin merehatkan badan dan minda. Penggunaan panel drapery mampu mencetuskan kemewahan selain mencetuskan suasana privasi dan romantik untuk anda.

Tips:

Anda boleh menggunakan panel drapery jenis tab top tertutup bagi menghalang kemasukkan cahaya secara total.