Muzium Seni Moden Pertama di Jakarta - Glam Malaysia

Muzium Seni Moden Pertama di Jakarta

[soliloquy id=”48545″]

 

 

 

Muzium Seni Kotemporari di Nusantara (MACAN), bakal menjadi satu lagi mercu seni bina di kota Jakarta. Dibina bersekali ruang atrium terbuka, perpustakaan dan taman arca tertutup, projek mega ini dikelolakan sepenuhnya oleh firma seni bina, MET Studio Design.

 

Institusi swasta ini dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli perniagaan Indonesia dan pengumpul seni, Haryanto Adikoesoemo.

 

Thomas J. Berghuis, kurator seni Cina di Muzium Guggenheim di New York, telah dilantik sebagai pengarah muzium. Dia akan mengatur segala hal-hal berkaitan termasuk himpunan seni galeri, ruang seni bebas, komuniti artis, mengendali acara tahunan termasuk Jakarta Biennale dan festival ArtJog.

 

Pelan reka bentuk menunjukkan muzium ini akan memiliki lebih 20, 000 kaki persegi, galeri pameran, termasuk kawasan lapang untuk tampungan ruang lebih besar. Satu lagi elemen penting, taman arca tertutup seluas 5, 000 kaki persegi, diapit oleh empat tingkap gerbang dari lantai ke siling.

 

Aliran lengkungan bebas, membawa lari jauh konsep sinonim muzium, serius dan sunyi. Ruang ‘white cube’, didedikasikan buat lebih 800 koleksi seni kontemporari terbesar, Haryanto Adikoesoemo.

See also
GLAM Deko Januari 2020

 

Muzium yang dijangka siap menjelang 2017, berlokasi di luar pusat Bandar di daerah Kebon Jeruk, Jakarta Barat. Muzium ini akan menduduki satu aras bangunan yakni projek pembangunan bersekali pejabat, pangsapuri, hotel dan ruang komersial.

 

MET Studio Design, pakar dalam seni bina muzium dan reka bentuk pameran. Wetland Park, Hong Kong dan pavilion di Sukan Olimpik 2012, London adalah antara hasil kerja berwibawa mereka.