fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Diari Deko – Wajah Baru Harvey Norman di IPC Mutiara Damansara
Ruang – Panduan Memilih Perabot Dengan Bijak
Elemen – Teknik Tenunan Jacquard
Kemasan Lembut Nadi Dekorasi
Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium

Palet – Trivia Warna Dark Choc

Seenak namanya, spektrum warna klasik ini menerbitkan atmosfera mewah tidak bertepi, maskulin dan elegan dalam satu masa. Suntikan aksen warna putih, krim atau kelabu mampu mencipta drama moden klasik.

Trivia Warna :

  1. Jika keseluruhan ruang diwarnai nuansa pelbagai coklat, tambah fabrik kemasan lembut baldu dalam warna merah mendalam atau hijau lumut mendalam bagi mencipta aura mewah klasik.
  2. Coklat gelap tidak semestinya hadir daripada pilihan perabot serba kayu dan dempak. Pelbagaikan pilihan menerusi reka bentuk perabot menggunakan material moden untuk rasa lebih malar segar.
  3. Lantai kayu gelap seperti oak, mahogany berkemasan legap atau matter untuk kemasan lantai.
  4. Padanan perabot kayu bersama simbahan warna cat putih pada segenap ruang dinding dianggap padanan lapuk. Jadi lebih bold dengan padanan warna – warna lebih segar seperti biru firus, emas dan tembaga.
2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lampu siling Skygarden rekaan Marcel Wanders, Flos memperlihatkan corak bunga timbul dan daun menjalar dalam terendak yang polos dan elegan.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse