Ruang – Panduan Memilih Perabot Dengan Bijak
Apabila ingin melakukan dekorasi pada sesuatu ruang di kediaman anda, fahami dan kenali keperluan serta fungsi sesuatu ruang itu. Kemudian serasikan gaya hidup penghuninya sebelum membuat pilihan dalam mencorakkan keindahan dan kesempurnaan tata hias dekorasi. GLAM Deko kongsikan panduan bijak buat anda dalam memilih perabot.

Rasai Keselesaan
Sebagai pengguna anda berhak mencuba dengan duduk di atasnya sebelum membeli. Pastikan tempat duduk masih mempunyai ruang dudukan bagi memastikan keselesaan.
Periksa Kemasan
Perabot yang berkualiti seharusnya tidak menggunakan cat yang tebal, sekata atau menggunakan kemasan yang boleh menghilangkan kesan kotoran dan cela. Jangan kita tertipu dengan efek sebegini.
Teliti Kusyen
Bentuk kusyen haruslah kemas dengan bahagian bucu sempurna bentuknya, perincian yang menarik bersama butang atau zip. Kontur kusyen perlulah padat dan lembut, bentuk yang tidak sekata bukanlah kusyen yang baik rekaannya. Sekiranya dijahit dengan baik, tidak akan ada masalah kekabu, bulu atau span yang terkeluar.
Lihat Reka Bentuk
Faktor paling penting yang menentukan kualiti perabot yang sempurna. Ada baiknya diteliti secara keseluruhan perabot agar tidak ada sudut yang tidak seimbang atau ada kecacatan.
Cuba Angkat
Jika berkualiti baik, perabot seperti kerusi, sofa meja dan lain-lain kebiasaannya diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang baik seperti spring, bingkai dan kusyen. Daya bebannya juga mampu menampung dudukan yang selesa berbanding perabot yang kurang berkualiti, lebih ringan dan tidak seimbang.

Extra! Cara Penjagaan
PERABOT KAYU – Dapatkan nasihat lengkap daripada wakil penjual tentang kaedah penjagaan dan pembersihan. Gunakan bulu ayam atau kain lembut untuk mengelap atau membuang habuk pada bahagian permukaan kayu.
PERABOT KULIT – Pelaburan yang berbaloi kerana tahan lama dan lebih lasak. Pastikan anda meneliti jenis bahan pencuci yang bersesuaian dengan jenis dan gred kulit agar ia tidak rosak. Sebaik-baiknya gunakan penyedut hampagas seminggu sekali untuk mengelakkan habuk yang terperangkap. Jika tertumpah sebarang cecair, lap menggunakan kain yang lembut.
PERABOT UPHOLSTERI – Sangat praktikal kerana mudah ditanggalkan dan dibersihkan. Kenali jenis kain untuk mengelakkan cara cucian yang mampu merosakkan tekstur kain. Elakkan terdedah kepada matahari terik agar warnanya tidak mudah pudar.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
