Jotun Mewarnai Bangunan Sejarah Kuala Lumpur
Lorong-lorong lama dan bangunan ikonik Kuala Lumpur diwarnakan semula menggunakan cat kegunaan luar bermutu premium Jotashield Antifade Colours – kolaborasi antara pakar warna cat, Jotun dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Jotun menyumbangkan 2,500 liter cat Jotashield Antifade Colour untuk melindungi dan mempertingkatkan penampilan lokasi-lokasi penting kendalian DBKL sekitar ibu kota.
“Lorong Yap Ah Loy, di sini akan menjadi jalan pertama untuk dibangunkan dalam kerjasama kami yang merangkumi ujian keprihatinan masyarakat, kajian semula dan akhirnya, peringkat pelaksanaan peningkatan untuk keseluruhan laluan yang dijangka bermula Oktober ini,” kata Pengarah Jabatan Perancang Bandar, DBKL, Nurazizi Mokhtar.
Malah, beberapa lorong-lorong terpilih akan menjadi antara yang pertama di Kuala Lumpur untuk dicat dengan cat baharu Eksklusif Trend 2018 keluaran Jotun yang dicipta menerusi nasihat pakar-pakar dan profesional industri.
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Sandefjord, Southeastern Norway, Jotun adalah salah satu syarikat cat terbesar dunia, dengan produknya digunakan di lebih 100 negara di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jotashield Antifade Colours, lawat laman Facebook dan Instagram Jotun Malaysia.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

