Destinasi – Gaya Teknologi Jerman

Galeri DEKO, GLAM DEKO

Destinasi – Gaya Teknologi Jerman

975

Penuh gaya, entiti moden dan teknologi tercanggih idealisme jerman, jenama Miele menakluki dunia barangan elektronik domestik meliputi mesin basuh, ketuhar dan peti sejuk.

Apa ?

Miele bermula sebagai pengeluar mesin pembacuh mentega pada tahun 1899, lantas legasi jenama ini terus berkembang kepada penciptaan peralatan elektronik domestik premium untuk memasak; ketuhar, hob, hud, penjagaan pakaian; mesin basuh dan mesin pengering serta penjagaan lantai; mesin penyedut hampagas dan aksesori sampingan.

Yang Istimewa

Memfokuskan kepada barangan elektronik kegunaan domestik moden yang dilengkapi teknologi dan kuasa industrial, produk keluaran Miele turut merangkumi ketuhar berteknologi stim, bakar dan gril, peti sejuk, mesin kopi, mesin pencuci pinggan mangkuk dan seterika. Kesemua rangkaian produk tercipta dalam reka bentuk pasang siap (built-in) dan juga unit stand alone. Ini memastikan reka bentuk dapur mencapai gerak kerja selancar, strategik, praktikal, tahan lasak dan berada dalam simetri urban moden. Miele mahu mewujudkan kepelbagaian keperluan peralatan rumah tangga seiring gaya hidup serba maju. Malah, pengunjung boleh mendapatkan khidmat rundingan pakar reka bentuk dan teknologi jenama ini, menyentuh dan melihat sendiri di ruang pamer.

Di Mana?

Ruang pamer, Miele Design Centre terletak di G1-01-1 Menara Kencana Petroleum, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1. Beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu, maklumat lanjut dan info terkini boleh rujuk di www.miele.com

Your email address will not be published. Required fields are marked *