GLAM Deko Diari – Instalasi Fesyen dan Seni

Instalasi indah oleh COS X Swine Studio
Bersempena acara Salone Del Mobile 2017, tidak hanya jenama yang membawakan seleksi perabot dan barangan hiasan kediaman yang turut serta. Kali ini jenama pakaian COS berkolaborasi bersama sebuah studio yang berpangakalan di kota London, Studio Swine untuk mempersembahkan New Spring. COS merupakan jenama yang berada di bawah payung yang sama dengan jenama fesyen streetwear lain seperti H&M dan Monki.
Edisi sempena minggu rekaan tahun ini menampilkan Cos dan Studio Swine membawakan ilham arkitek dari Jepun, Azusa Murakami bersama artis Britain, Alexander Groves yang bakal dipersembahkan di lokasi istimewa, Cinema Arti yang terletak di Central Milan. Gabungan dua insan berjiwa kreatif ini memaparkan rekaan yang bersifat immersive dan merangsang pelbagai deria, sesuai dengan tajuk yang dipilih yakni New Spring.
Sepanjang berlangsungnya acara Salone sehingga April 9, para pengunjung boleh melihat sendiri instalasi ini dengan spanjang minggu. Menariknya, arca ini bakal menjadi titik fokal persembahan dengan ketinggian mencecah enam meter tinggi dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan aluminium yang didapati dari proses kitar semula.
Dipercayai kedua pereka ini mengambil inspirasi dari persekitaran kota yang banyak dipengaruhi elemen rekaan selain nilai sejarah yang terkandung buat kota utama dunia ini."Kami terus tertarik tatkala melihatkan candelier Murano yang rata-rata menjadi pilihan menghiasi kediaman peribadi dan istana lama di sekitar bandar Milan ini. Secara tidak langsung ia menjadi titik tengah pada rekaan struktur New Spring," kongsi wakil Studio Swine.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

