Fokus – Identiti Reka Bentuk Point 21
Nama jenama diambil daripada rentasan sempadan Johor dan Singapura, yakni Point 21. Jenama ini ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pencinta dan pemain industri reka bentuk tempatan dalam rekaan terkini perabot, aksesori, kemasan lembut, kertas dinding dan perhiasan seramik serta porselin seperti pinggan mangkuk.

Point 21, diusahakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Sultan Ibrahim bersama suami, YB Dato’ Dennis Muhammad Verbaas dan rakan, Aishah Mohd Suhaimi. Berkiblatkan pesona gaya interior ‘Hollywood Regency,’ Point 21 telah melakar portfolio cemerlang menerusi perlaksanaan beberapa projek termasuk dewan makan (food hall) di Four Seasons Kuala Lumpur dan beberapa projek pengubahsuaian unit pameran apartmen dan hotel di Singapura. Point 21 memenuhi permintaan tempatan untuk jenama perabot dan aksesori mewah dari Eropah, lilin wangi Boabab Collection, kemasan kertas dinding lukisan tangan De Gournay, perhiasan seramik dan porselin Images D’orient. Malah, jenama ini berpegang pada reka bentuk infiniti untuk hari ini, esok dan selamanya. YAM Tunku Tun Aminah menguraikan cita rasa peribadi, tip dan jangkaan trend industri reka bentuk tahun ini.

Permulaan Point 21
"Selepas berkahwin dengan YB Dato’ Dennis Muhammad Abdullah yang berasal dari Belanda, kemudian berpindah masuk ke kediaman baru kami - dia memacu hala tuju perniagaan kami lebih serius. Kami menjual segala jenis perabot bermula dari rekaan sofa, meja, pengcahayaan, wangian kediaman dan kini pinggan mangkuk dan aksesori meja makan di bawah naungan jenama Point 21. Kami turut menerima tempahan perabot bespoke," bicara YAM Tunku Tun Aminah Maimunah.

Tips Memilih Fabrik
Be safe dan pilih kepada spektrum warna neutral dahulu, sebaik memutuskan gaya bersesuaian dengan kediaman, pesona dan gaya hidup; mula menambah perabot dan aksesori secara berperingkat. Warna neutral mungkin membosankan namun ternyata pilihan selamat untuk penghuni melihat setiap kali melangkah masuk ke kediaman. Warna memainkan peranan besar bukan sahaja untuk mata bahkan mempengaruhi ambient dan mood semasa berada di kediaman.

Trend Fabrik dan Décor 2020
Saya melihat gaya retro bakal membuat kemunculan semula. Rekaan kerusi dan lampu candelier pada era 60-an dan 70-an dilatari warna-warna natural seperti biru, kuning dan merah jambu.
Ruang pamer Point 21 di Glomac Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

