Fokus - Figura Berpengaruh Dunia Rekaan - Page 8 of 9 - Glam Malaysia

Fokus – Figura Berpengaruh Dunia Rekaan

Barisan insan berpengaruh membantu menetapkan gaya dan trend dunia dekorasi sebagai inspirasi dan panduan untuk para pengguna. Setiap mereka mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.

8 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Yong Yoon Li, Pengarah Eksekutif Royal Selangor

Mewarisi dan mengendalikan perniagaan keluarga Royal Selangor yang wujud selama 133 tahun, Yong Yoon Li memastikan jenama piuter tempatan ini kekal relevan mengikut rekaan arus semasa dan trend terkini. Koleksi piuter Royal Selangor merangkumi arca seni, peralatan makan dan minum, aksesori kutleri, aksesori dekor, alat tulis dan fesyen. Kolaborasi dengan nama-nama besar seperti William Morris, Jamy Yang, Marvel dan Victoria & Albert Museum membawa jenama ini ke mata dunia.