Undangan Penuh Seni KAMI Design
Lokal dari Malaysia, Kami Design merupakan kumpulan studio kreatif yang memberi tumpuan kepada seni reka bentuk, kraf dan penghasilan elemen hiasan, dan juga bahan bercetak lain. Menggabungkan estetik dari segi arahan seni yang hebat, Kami Design juga banyak menghasilkan kerja berdasarkan keperibadian mereka yang tersendiri. Nama di sebalik kumpulan Kami Design, iaitu Jilian Tan dan Christina Tan, memulakan perjalanan mereka sejak tahun Mei 2018. Mereka tidak berkaitan secara biologi, tetapi berkongsi nama keluarga dan cita rasa yang sama, terutamanya dari segi reka cipta.
Dengan sambutan dan feedback yang sangat memuaskan di kalangan pelanggannya, hasil rekaan kad jemputan bespoke dari Kami Design menunjukkan eksklusiviti dengan personaliti dan identiti jenama mereka. “Kami” yang bermaksud Kami atau Kita - dalam bahasa kebangsaan Malaysia, jenama ini memegang teguh dan bangga akan keaslian dan identiti negara. Selain itu, “Kami” juga bermaksud Kertas, dalam bahasa Jepun, di mana budayanya telah banyak memberi inspirasi kepada Jilian dan Christina. Dalam penghasilan sesuatu produk, Jilian dan Christina bukan sahaja mementingkan estetik dan glamor dari perspektif luaran, malah mementingkan faktor dan garis panduan dalam menggabungkan idea seni yang praktikal dan lebih user-friendly. Rekaan kad jemputan sebagai servis Wedding Stationary dari Kami Design telah mencuri hati ramai pelanggan berprofil tinggi seperti Azrin & Aina, Shaheera & Zhenia, Joshua Yeoh & Clara Yap, Dion Tan & Mah Li-Sheen, Yeoh Keong Yuan & Lee Ching Yi, dan Michael Chan & Eve Chan. Di samping itu juga, Kami Design telah berjaya menyediakan servis mereka dan bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Christian Dior, Bell & Ross, Sephora, La Prairie, serta banyak lagi.
Lihat foto-foto yang dikongsi, memaparkan sebahagian daripada servis kreatif Kami Design.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Nikmati Suasana Tonton Filem Secara Eksklusif Di Aurum Theatre
May 08, 2026
Fendi Baguette 26424 Re-Edition Merai Personaliti Tanpa Definisi
May 07, 2026
Rolex Menjulang Esen Kesenian Sinema
May 07, 2026
‘Self-Care’ Dengan Pembersih Wajah Mewah Ini
May 07, 2026
Rayakan 60 Tahun FRED Force 10 Dengan Kilauan Baharu Emas Force 10 Rise
May 07, 2026
Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri
May 07, 2026
Ketahui 5 Puteri Raja Bergelar Ibu Yang Punya Aura GLAM
May 07, 2026

