Gambar: Ingimage
Merupakan pusat komersial dan kota yang begitu sibuk sekali di Thailand, namun Bangkok tetap menjadi sebuah lokasi percutian ramai dek kerana bandarnya yang kaya dengan tradisi namun masih menerapkan elemen moden yang boleh dilihat di setiap pelusuk bandar tersebut. Memiliki bangunan pencakar langit, lapangan terbang yang begitu menarik reka bentuknya serta rumah-rumah ibadat tradisional dan juga istananya yang menjadi tarikan utama pelancong setiap kali ke sini.
Percutian ini tidak lengkap jika tidak merasai pengalaman menaiki bot di Sungai Chao Phraya ataupun luangkan masa anda dengan yang tersayang untuk menikmati makan malam di kawasan terbuka tingkat 60 di hotel 5 bintang di sini untuk melihat sisi panorama yang lebih indah di Bangkok ini. Sekalian anda berada di sini, jangan lupa untuk memborong kain sutera, barangan perak dan kraf tangan hasil penduduk tempatan! Setelah letih seharian berjalan, memanjakan diri dengan banjiran spa mewah yang terdapat di sini!
Hotel
Mencari hotel yang mempunyai pemandangan berhadapan sungai Chao Praya? The Siam mampu memberikan anda kelebihan itu! Hotel butik mewah berkeluasan tiga ekar ini menyediakan sebanyak 39 suite penginapan yang menampilkan reka bentuk yang berbeza-beza di setiap bilik hasil rekaan Bill Bensley yang cukup sinonim dengan rekaan resortnya yang bertemakan eksotik dan mewah. Dekorasi setiap bilik juga mempamerkan hasil seni lukisan dan barangan antik yang disimpan berabad lamanya milik koleksi peribadi selebriti terkenal Thailand, Krissada Sukosol Clapp, yang juga merupakan pemilik hotel ini. Bimbang tentang kesihatan dan kecantikan sepanjang bercuti? Usah risau! Hotel ini menyediakan segala-galanya dari aktiviti spa, yoga dan juga menyediakan gimnasium yang bertaraf professional!
Makan
Berjalan di sekitar sini, anda pasti mahu menyinggah ke Celadon yang terletak di Hotel Sukhotai. Restoran ini menjadi pilihan ramai kerana konsepnya yang bereka bentuk sala dan tingkap tinggi menghadap kolam yang diserikan lagi dengan unga-bunga teratai itu mampu membangkitkan suasana romantik. Ia sesuai bagi mereka yang mahukan hidangan klasik masyarakat Thailand seperti dumpling ayam stim dan udang goreng rangup.
Kunjung
Sebelum pulang, jangan lupa untuk berkunjung ke pusat rawatan spa di The Baan Thai Wellnest Retreat yang terletak di bandar Bangkok. Menempatkan tujuh buah rumah jati yang terletak di kawasan yang agak terpencil, ia mampu memberikan ketenangan kepada pelanggan yang menikmati rawatan di sini. Selain itu, produk Sundari yang berasaskan bahan organik ini turut digunakan kepada yang mengamalkan rawatan seperti yoga, taichi, fit-ball, aerobik, pilates, homeopati dan meditasi. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah termasuk tiga kolam renang, jus bar, bilik stim herba serta restoran yang menghidangkan juadah masakan spa Thai.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
