Negara yang terletak di hujung peta ini menyimpan pelbagai khazanah alam yang mengasyikkan. Tidak dinafikan ramai yang menganggap New Zealand sebagai tempat percutian hebat yang menawarkan pemandangan indah disulam dengan kepelbagaian aktiviti yang akan memperhebatkan lagi waktu riadah di sana. Budaya New Zealand yang tersendiri juga membuatkan anda teruja dan ingin menyelami keunikan negara ini secara langsung.
Gambar: TPGVIP
Queenstown, New Zealand
Terletak di sebelah barat daya Pulau Selatan, Queensland adalah bandar yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti lasak. Jika anda seorang yang sukakan cabaran Queensland adalah tempat yang tepat untuk dituju. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah bungee jumping, skydiving, jet boating dan river rafting.
Gambar: TPGVIP
Bay of Island
Pulau yang terletak tiga jam perjalanan darat di utara Auckland ini adalah yang tercantik di New Zealand. Dengan iklim sub-tropika, gugusan pulau kecil ini menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan di sini antaranya aktiviti belayar, riadah jet ski serta sukan berkayak. Dekatkan diri dengan panaroma hijau di sekeliling serta terokai kehidupan laut yang pasti membuatkan anda lupa masalah di kota. Pemandangan indah serta formasi geografi di pulau-pulau ini membuatkan setiap momen yang dihabiskan di sini bakal terpahat menjadi memori percutian terindah.
Hobbit Holes. (Gambar: Listverse)
The Green Dragon Inn. (Gambar: Hobbiton Tours)
Pengambaraan Di Set Filem Hobbit
Peminat filem trilogi The Lord of the Rings dan The Hobbit pasti teruja untuk melangkah sendiri ke dalam Hobbit Holes, The Green Dragon Inn, The Mill, Double Arched Bridge dan struktur lain yang dibina khas untuk merealisasikan visi novel JRR Tolkien itu. Tentukan setiap kenangan berada di sana akan mengembalikan kembali semangat setia kawan yang menjadi nadi filem hebat itu.
The Mill. (Gambar: Wandering Kiwi)
Double Arched Bridge. (Gambar: Eddie And Devan)
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
