Mawar Proehoeman & Leila Jehan Neoh

Mawar Proehoeman & Leila Jehan Neoh

MAWAR PROEHOEMANMawar Proehoeman & Leila Jehan Neoh.

 

Leila Jehan Neoh, puteri kepada Mawar Proehoeman disatukan bersama sepupunya, Isaiah Gregoire Ri’ayatuddin dalam sesi penggambaran bersama GLAM Junior kali ini.

 
Gelagat Leila tenang namun terselit sedikit rasa malu kala beraksi di hadapan lensa. Sesekali melihat aksi comel sepupunya, Isaiah, Leila akan tersenyum dan bergurau senda. Leka melihat caranya yang bijak membawa diri, Mawar Proehoeman memberitahu anaknya memiliki personaliti yang menyenangkan. “Leila seorang yang penyayang mungkin kerana dia telah terbiasa bergaul dengan kakaknya dan ini secara langsung turut membentuk peribadinya yang manja.”  Pada usia semudanya, dia juga seperti kanak-kanak lain, sesekali ada sahaja disagreements but in the end Leila sangat menyayangi kakaknya dan sentiasa bersikap melindungi. Malah jika mereka meragam, saya tidak cepat melatah, mendidik anak kecil ini melibatkan both punishment, such as a time out and more importantly, rewards.
 

Leila & IsaiahLeila bersama sepupunya, Isaiah.

 
Walaupun baru berusia tiga tahun setengah, Leila pandai membawa diri. Lebih-lebih jika berjumpa Isaiah. “Sepupunya yang lebih muda ini dianggap seperti adiknya sendiri. Mereka sememangnya akrab, kadang-kadang seperti love and hate relationship… comel bukan? Lebih menyeronokkan, mereka berdua belajar di sekolah yang sama, jadi tidak ada masalah komunikasi kala bermain bersama-sama.” Ekspresi Leila kala pertama kali ke sekolah? “Oh, dia menangis dan tidak gemarkan sekolah. Mungkin kerana terbiasa berada di rumah dan pabila tahu terpaksa bangun awal dan bersiap, dia akan merajuk. Tapi keadaan ini tidak lama. Its good for to socialize with other kids at an early age. To work on her social skills and development. Paling menyeronokkan ialah Leila kini amat sukakan kelas muzik, membaca buku Disney Pricess, kesenian dan kraf.
 
Leila & Isaiah2

See also
3 Senaman Low-Impact Bakar Kalori Tinggi

Ditanya mengenai selera fesyen si kecil ini, cerita Mawar, “She dresses herself up. She’s very girly girl dan gemar bersolek serta mengenakan aksesori terutamanya warna merah jambu.”  Sebagai ibu yang bekerja, bagaimana Mawar menguruskan masa bersama anak-anak? My kids will always come first. I have daily routines and always have to juggle my time between working full time and being full time mom but as a parent, I’m constantly pushing my own limits. It’s the toughest but the greatest job I’ve ever had. Apa jua yang saya lakukan semestinya yang terbaik untuk mereka. Dalam falsafah mendidik anak, saya berpegang pada prinsip don’t use compulsion but let your childrens lessons take the form of play. You will learn more about their natural abilities that way. Dari situ, anak-anak akan membesar dengan baik sekali gus membentuk keperibadian mereka. Bagi Mawar, antara nasihat yang terbaik yang sentiasa diingati kala membesarkan anak ialah always persevere. “I’m no expert but being consistent about rules is what works me,” ujarnya mengakhiri perbualan.
 
Teks: Yusairi Fitri
Penata Gaya: Suzie Adnan
Penyelaras: Nisa’ Halid
Pembantu Penyelaras: Amira Azman
Arahan Seni: Zulkifli Sulaiman
Pembantu Arahan Seni: Zuria Ashura
Gambar: Aaron/Lenswork
Solekan dan Dandanan: Syed Faizal
 
 

See also
Michelle Yeoh Bakal Membintangi Star Trek