Hi-Tea Buffet Hujung Minggu Di Sunway Putra Hotel Penuh Kelas
Dengan tujuan menggabungkan hidangan tradisional Malaysia dengan acara penuh kelas yakni hi-tea, Sunway Putra Hotel memperkenalkan Weekend Hi-Tea Buffet mereka yang menggabungkan keaslian hidangan kegemaran masyarakat Malaysia dalam suasana yang mewah.
Dari Nasi Ayam Kampung, Mee Rebus Daging, Wantan Udang Rangup sehingga ke Biri-biri Panggang dan Bubur Cha Cha bersama keladi, Weekend Hi-Tea Buffet ini menjanjikan nostalgia acap kali kita menikmati hidangan ini di rumah bersama keluarga pada hujung minggu. Who can say no to Kari Kepala Ikan yakni hidangan utama air tangan Chef Rossham? Tidak lupa juga sempena 31 ogos ini, National Day Hi-Tea di Coffee House bakal menawarkan lebih banyak seleksi hidangan untuk anda!
Sambil anda menikmati juadah yang melazatkan, persembahan nyanyian oleh Lily Jannah dan Arie turut menemani dan menyemarakkan lagi suasana classy nan mewah. Pada harga RM79 nett dan RM59 nett bermula Ogos ini sehingga 31 Disember, anda berpeluang untuk menikmati seleksi hidangan yang pelbagai di Coffee House pada setiap hari Sabtu dan Atrium Lounge pada hari Ahad jam 12:00 hingga 5:00 petang. Warga emas dan kanak-kanak (berusia 7 hingga 12 tahun) boleh menikmati 50% diskaun manakala untuk enam tahun dan ke bawah pula boleh masuk secara percuma.
Untuk tempahan anda boleh hubungi 03-4040988 atau hantarkan emel kepada [email protected].
Pilihan Bacaan Seterusnya
Mengenali Kekuatan Koleksi HardWear Oleh Tiffany & Co.
Jun 11, 2026
Bella Astillah & Syed Saddiq Cetus Inspirasi ‘Fit-Inspo’ Bersama
Jun 11, 2026
Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026
Jun 11, 2026
TIMETIC Timeless Ritual Antara Rawatan Rambut Paling Berkesan
Jun 10, 2026
Kejelitaan Abadi Che’ Puan Khaleeda Yang Menambat Hati Rakyat
Jun 10, 2026
Gucci Bawa Pesona Musim Panas Ke Monte Carlo
Jun 10, 2026
Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Jun 10, 2026

