Kembara Gastronomi Palet Perancis Bersama Supperclub KL
Gerak hati untuk ke Supperclub KL semakin kemuncak tatkala menyaksikan filem fesyen GLAM X COACH beberapa minggu yang lalu, lantas GLAM dijemput untuk menikmati sendiri masakan asli Perancis yang kini terhidang megah ditengah-tengah kota Kuala Lumpur. Ikuti catatan GLAM kala bertandang di Gastrobar Perancis Kontemporari yang eksklusif chic dan urban ini.
Lebih istimewa, sepanjang sesi food review ini, saya ditemani Chef Romain Fabre dari Perancis dan juga bimbingan peribadi daripada Benoit Le Rioux selaku pengurus restoran. Layanan bagaikan kelas pertama ini menampilkan hidangan 5 course meal signatur di Supperclub KL.
[envira-gallery id=”65523″]
Eksplorasi gastronomi Perancis saya dimulakan dengan ‘Lobster Seafood Platter’ yang menampilkan beberapa jenis siput dari Perancis, Fine De Claires Marenne-oleron Perancis dengan perisa yang menakjubkan dan tidak lupa juga highlight kepada platter yakni udang karang yang diimport khas dari Kanada. Kesegaran tiada bandingan dimana setiap gigitan saya bisa menikmati jus isinya yang sungguh enak. Belum sempat saya lega dengan keenakan makanan laut segar, Chef Fabre tiba di meja makan dengan membawa sup cauliflower ‘Dubarry’. Ciri utama sup ini ialah tersembunyinya sebiji telur yang seakan separa masak disebalik supnya dan ia hadir bersama ketulan croutons dan hirisan itik yang disalai rangup. Usai sup disentuh, mengalir kuning telur secara perlahan-lahan memenuhi keseluruhan sup. Bagi saya, ia adalah sup yang paling sempurna kala rasanya yang berkrim ini diselang seli dengan kerangupan hirisan daging itik salai.
[envira-gallery id=”65526″]
Tidak terhenti di situ, kemuncak hidangan ini adalah menu yang dikenali sebagai kekapis Hokkaido yang dihidangkan bersama dengan buah berangan dan bisque udang karang berkrim. Diikuti dengan menu ‘Rossini’ Black Angus Tournedos U.S yang dimasak medium well, bersama foie gras istimewa untuk berjaya menerbitkan rasa masin berkrim dan sos truffle sebagai pelengkap.

Foto: Patrick Chan/Blu Inc Media
Saya sentiasa percaya a meal is not complete without a dessert, and our hosts endowed us dengan dua jenis pencuci Crème Brûlée dan Soufflé manga tropical bersama sorbet pic putih dan laici menutup tirai makan malam saya. Last but not least, dengan pengalaman gastronomi sehebat ini, saya akui Supperclub adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi jikalau anda ingin merasakan pengalaman fine dining sambil diiringi akustik yang elegan dan juga persembahan-persembahan yang menarik.
Wajib Kunjung : Pilihan makanan laut yang banyak daripada tiram hingga ke udang karang; destinasi yang sesuai untuk makan malam istimewa; servis yang bagus juga! Supperclub KL dibuka bermula jamp 5:00 PM hingga 3:00 AM
Supperclub KL
Lot 12-14, TREC, Electric Boulevard, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Untuk tempahan hubungi talian+603-2110 0866 atau email ke [email protected]
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.supperclubkl.com
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
