10 Pelakon Wanita dengan Bayaran Tertinggi 2016 - Glam Malaysia

10 Pelakon Wanita dengan Bayaran Tertinggi 2016

Oleh: Nur Sofea 
 
Baru-baru ini Forbes mengeluarkan senarai 10 pelakon wanita dengan bayaran tertinggi 2016. Dari Jennifer Lawrence hingga Deepika Padukone, 10 pelakon wanita dengan bayaran tertinggi ini berjaya meraih pendapatan 205 juta dollar keseluruhannya dari 1 Jun 2015 hingga 1 Jun 2016.
 

Jennifer Lawrence Golden Globes 2016

Gambar: Arkib GLAM


 
Jennifer Lawrence

Jennifer Lawrence sekali lagi berjaya mendahului carta dengan pendapatan sebanyak 46 juta dollar. Filem Hunger Games yang dibintangi oleh Lawrence berjaya meraih pendapatan sebanyak 653.4 juta dollar dan sekaligus menaikkan lagi populariti Lawrence serta pendapatannya.
 

The 72nd Golden Globe Awards - Arrivals

Gambar: Arkib GLAM


 
Melissa McCarthy

Pelakon Ghostbusters remake ini berjaya menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak 33 juta dollar. Selain mendapat keuntungan dari bayaran untuk berlakon dalam filem Ghostbusters, McCarthy juga memulakan label fesyen sendiri dengan mereka pakaian dari pelbagai saiz.
 

Marvel`s The Avengers Age Of Ultron Los Angeles Premiere

Gambar: Arkib GLAM


 
Scarlett Johansson

Menduduki tempat ketiga dengan 25 juta dollar. Johansson dikatakan menerima bayaran sebanyak 17.5 juta dollar untuk watak dalam filem Ghost in the Shell yang menerima begitu banyak kritikan. Johannson meningkatkan lagi pendapatannya dengan iklan Dolce & Gabbana.
 

The 72nd Annual Golden Globe Awards -Arrivals-in Los Angeles

Gambar: Arkib GLAM


 
Jennifer Aniston

See also
5 Jelitawan Hollywood Anda Harus Ikuti di Instagram!

Jennifer Aniston menerima bayaran pendahuluan tujuh angka untuk filem yang bakal dibintanginya seperti Office Christmas Party. Pendapatan Aniston selebihnya diperolehi dari iklan-iklan yang dibintanginya.
 

May 14, 2015 - Cannes, France - Fan Bing Bing (Credit Image: © Panoramic/ZUMA Wire)

Gambar: Arkib GLAM


 
Fan Bingbing

Fan Bingbing berjaya meraih 17 juta dollar untuk menduduki tempat ke lima dalam senarai itu. Dia juga merupakan satu0satunya pelakon dari China yang tersenarai dalam senarai tersebut. Bingbing berjaya meraih pendapatan yang tinggi daripada filem lokal yang dibintanginya iaitu Skiptrace dan Lady of the Dynasty.
 

CHARLIZE THERON ACTRESS MAD MAX: FURY ROAD, PREMIERE 68TH CANNES FILM FESTIVAL CANNES, , FRANCE 14 May 2015 DIT77955  Photo via Newscom

Gambar: Arkib GLAM


 
Charlize Theron

Hanya kurang 0.5 juta dollar dari Fan Binbing, Charlize Theron menduduki tangga ke enam dalam carta. Theron dikatakan menerima bayaran pendahuluan sebanyak 10 juta dollar untuk watak pembantu dalam filem The Huntsman: Winter’s War. Theron juga duta untuk Dior J’Adore perfume. Kali terakhir Theron disenaraikan ialah pada tahun 2013
 

Amy Adams Golden Globes 2016

Gambar: Arkib GLAM


 
Amy Adams

Meraih pendapatan sebanyak 17.5 juta dollar, Adam kembali tersenarai dalam senarai itu. Wataknya sebagai Lois Lane di Warner Bros.’D.C. Comics series berjaya meraih pendapatan yang banyak.Selain itu, Admas turut menjadi duta untuk MaxMara.
 

Julia-Roberts-21st-Annual-Screen-Actors-Guild-D5qtlh9xdBXl

Gmabar: Celebritysnap.com


 
Julia Robert

See also
5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi

Julia Roberts menduduki tempat ke lapan senarai dengan pendapatan sebanyak 12 juta dollar. Walaupun filem Mother’s Day kurang mendapat perhatian dari para peminat namun filem Money Monster yang dibintanginya bersama George Clooney berjaya menarik penonton. Roberts juga merupakan duta untuk Lancome.
 

Mila-Kunis-wears-Gemfields-Mozambican-For-Jupiter-Ascending-Premiere1

Gambar: frostmagazine.com


 
Mila Kunis

Pelakon Bad Mom ini berjaya meraih pendapatan sebanyak 11 juta dollar. Selain itu, Kunis turut menyumbangkan suara untuk watak Meg dalam filem Family Guy dan juga turut menjadi duta untuk iklan Gemfields Jewelry dan Jim Beam Whiskey.
 

cute-smile-of-bollywood-actress-deepika-padukone-photo

Gambar: moviescelebrities.com


 
Deepika Padukone

A newcomer to the ranking! Pelakon Bollywood ini berjaya tersenarai dalam senarai itu dengan filem hit lakonannya iaitu Bajirao Mastani. Padukone juga turut terlibat dalam iklan.