Senarai Legenda Tamadun Dunia

Senarai Legenda Tamadun Dunia

Runtuhan peninggalan kota zaman dahulu kala kini menjadi tarikan kunjungan pelancong serata dunia. Namun di sebalik runtuhan itu sebenarnya pernah berdiri menjadi suatu mercu tanda tamadun yang melalui zaman kegemilangan dan luput atas sebab-sebab tertentu. GLAM senaraikan peninggalan kota dunia yang kini hanya tinggal lagenda.
 
1. Pompeii
 

PompéiGambar: UNESCO

 
Kisahnya menjadi sebuah filem awal tahun lalu. Pompeii, sebuah kota Romawi musnah ditanam sedalam 4 hingga 6 meter oleh abu dan batu Gunung Vesuvius yang meletus pada AD 79. Penempatan itu kemudian hilang sepenuhnya selama 1,500 tahun sebelum dijumpai pada tahun 1599. Penemuan semula yang lebih meluas terjadi pada tahun 1748, iaitu hampir 150 tahun selepas penemuan pertama. Walau sudah berabad lamanya, objek yang tertanam ditemui dalam keadaan terpelihara hasil kelembapan akibat kekurangan udara.
 
2. Machu Picchu
 

Sanctuaire historique de Machu PicchuGambar: UNESCO

 
Terletak di Wilayah Urubamba, Peru, kota abad ke-15 ini terletak di kawasan pergunungan dengan ketinggian 7,970 kaki dari paras laut. Kota ini berdiri megah dengan rekaan klasik Inca, dimana dinding batu digilap bercahaya menjadi tarikan utama. Dipercayai kota ini dibina untuk Maharaja Pachacuti sebelum ditinggalkan 100 tahun kemudian akibat penaklukan Sepanyol.
 
3. Memphis
 

See also
Venice Film Festival 2016: 5 Filem Wajib Tonton

MemphisGambar: UNESCO

 
Merupakan pusat pentadbiran zaman Mesir Purba, kota Memphis berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan keagamaan. Populariti kota ini kemudian merudum setelah lahirnya kota Alexandria dan akhirnya ditinggalkan sepenuhnya. Pelbagai runtuhan kuil boleh ditemui di bekas tapak kota ini dan kini ianya menjadi muzium terbuka untuk orang awam.
 
4. Angkor
 
Angkor Wat

Gambar: UNESCO

 
Terletak berdekatan penempatan moden Siem Reap di Kemboja, daerah Angkor dahulunya menjadi penempatan Empayar Khmer pada abad ke- 9 hingga ke-15. Kini terkenal dengan peninggalan Angkor Wat, dianggarkan lebih 1,000 kuil pernah didirikan di kawasan ini. Lebih hebat, Angkor merupakan kawasan pra-industri terbesar di dunia dengan anggaran 1 juta penduduk.
 
5. Petra
 
Petra

Gambar: UNESCO

 
Struktur indah ukiran batu pergunungan menjadi tarikan kota ini yang terletak di Jordan. Turut terkenal dengan sistem perairan yang bagus, kota ini mempunyai kelebihan mengawal laluan perdagangan utama. Kini ianya menjadi antara Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf UNESCO.
 
 

See also
Perintah Kawalan Pergerakan? Ia Bukan Alasan!