Related Stories
Bintang-bintang A-List ini bakal menyambut kehadiran bayi tidak lama lagi! Tahun 2025 dijangka menjadi tahun penuh emosi bagi ramai selebriti terkenal yang sedang bersiap sedia menyambut kelahiran cahaya mata. Dari Megan Fox dan Jennifer Lawrence hingga Jason Kelce dan Milo Ventimiglia – berikut adalah selebriti yang dijangka menimang cahaya mata pada tahun 2025:

Megan Fox
Megan Fox mengumumkan kehamilannya pada November 2024, yang merupakan anak keempatnya – dan yang pertama dengan teman lelakinya yang kerap putus-sambung, Machine Gun Kelly.
Megan berkongsi berita gembira ini di Instagram dengan memuat naik gambar dirinya mengusap perut sambil diselimuti cecair hitam. Dia juga berkongsi satu lagi gambar yang menunjukkan ujian kehamilan positif. “Nothing is ever really lost. welcome back,” memetik lirik lagu Last November nyanyian MGK, yang merujuk kepada kehilangan kehamilan mereka sebelum ini. Sehingga kini tidak ada yang mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan.

Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence sedang menantikan kelahiran anak keduanya bersama suaminya, Cooke Maroney. Jennifer dilihat di Los Angeles dengan perut yang sedikit kelihatan. Sejak itu, dia telah membuat beberapa penampilan umum dengan baby bump yang semakin membesar, termasuk pada Disember lalu di The Hollywood Reporter’s Annual Women in Entertainment Gala. Sehingga kini tidak ada sebarang perkongsian mengenai jantina bayi.

Gisele Bündchen
Gisele Bündchen bakal menyambut kelahiran anak ketiganya dan yang pertama bersama teman lelakinya, Joaquim Valente, seorang jurulatih Jiu-Jitsu. Walaupun supermodel ini tidak banyak bercakap mengenai kehamilannya, dia telah dirakam sedang mengusap perutnya yang semakin membesar pada penghujung Disember ketika bergambar di pantai. Sehingga kini Gisele belum berkongsi lagi jantina bayi yang bakal lahir.

Artikel Berkaitan: Chrissy Teigen Dan John Legend Mencuba Bayi #2 Menerusi Proses IVF
Artikel Berkaitan
GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki
GLAM Junior: Datin Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama
Tyra Kamaruzzaman Kongsi Berita Hamil Anak Kedua
GLAM Junior: Kendamil Pilihan Intan Najuwa Dan Ini Alternati...
Malas Berpantang Di Rumah, 7 Confinement Centre Untuk Ibu Mo...
6 Tips Penting Untuk Menjaga Kesihatan Ibu Selepas Bersalin
OiYO by Montigo Kini di 1 Utama: Play & Create, Belanja ...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
