- Glam Malaysia Fesyen Menarik Untuk Si Cilik Bergaya
Fesyen Menarik Untuk Si Cilik Bergaya

Fesyen Menarik Untuk Si Cilik Bergaya

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menggayakan fesyen pada si cilik anda adalah suatu perkara yang biasa dibuat zaman sekarang. Jika kita berada di mana-mana tidak kira sewaktu membeli-belah akan ada sahaja si kecil yang dilihat sangat bergaya. Tidak hairanlah fesyen kanak-kanak kini lebih menarik berbanding dewasa.

Kita semua cemburu dengan ibu bapa yang menyiarkan foto anak-anak mereka yang sangat bergaya di laman sosial. Di manakah mereka ini mencari pakaian untuk si cilik mereka? Kita semua mahu kelihatan terbaik setiap hari, tetapi mendandani fesyen si cilik boleh memberi sedikit tekanan. Anda ingin memberi mereka idea untuk memakai sesuatu yang menekankan gaya lebih daripada keselesaan. Kemudian anda perlu berusaha untuk memastikan sicilik ini tidak merosakkan pakaian mereka. Matlamat di sini adalah untuk mencari keseimbangan yang betul antara keselesaan anak-anak anda dan gaya yang akan mereka pamerkan. Lagi-lagi, si cilik membesar dengan sangat cepat, sudah pasti anda mahu menggayakan mereka dengan pakaian comel untuk pelbagai majlis ketika di usia yang masih kecil. Menggayakan si kecil adalah sesuatu yang seronok dan membahagiakan buat pasangan yang sudah bergelar ibu bapa kerana ia akan menjadi satu kenangan yang indah.  Walau bagaimanapun, ia hanya dapat dirasai waktu mereka kecil. Bukankah itu akan menjadi kenangan yang indah bersama tersayang? Jika anda ingin menggayakan anak lelaki atau perempuan anda dengan pakaian yang comel dan bergaya, berikut adalah pilihan GLAM yang boleh anda gunakan untuk inspirasi. Lihat halaman sebelah.

See also
Tod’s raikan gaya ikonik tiga model.