Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru - Glam Malaysia
Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru

Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru

Tampil dalam versi serba baharu, Volvo Car Malaysia umum keunikan terkini model Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan siri XC40 yang lain dengan model tahun 2023 (MY23).

Kenderaan elektrik pertama keluaran Volvo Car Malaysia ini pertama kalinya diumumkan pada Mac 2022 yang lalu. Sudah tentu, sambutan yang diterima amatlah menakjubkan dan luar biasa, sehingga ia mendapat lebih daripada 400 tempahan hanya dalam masa dua bulan sahaja. Bukan itu sahaja, malah kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini juga merupakan kenderaan keluaran Volvo yang pertama boleh ditempah secara atas talian. 

Kenderaan elektrik pertama Volvo ini diperkenalkan dengan ciptaan berkuasa tinggi yang versatil dan akan menjamin pengalaman pemanduan yang lancar dengan mod zero tailpipe emission. Kini, ia tampil dengan perincian tambahan yang lebih terbaharu seperti reka bentuk hadapan dan rim terkini. 

Dalaman kereta ini menawarkan tekstil Suede Charcoal Connect pada tempat duduknya. Selain itu, ciri seperti Foot Movement Detection Module (FMDM) turut di naik taraf untuk pembukaan kereta yang lebih lancar serta rekaan tuas gear baharu bebas kulit yang diukir mewah, meningkatkan lagi ciri kontemporari model ini.

See also
Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia Kini di Bangsar Shopping Center

Bukan itu sahaja, anda bakal merasakan kabin udara yang lebih segar dan bersih ketika anda memandu Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini kerana ianya mempunyai sistem penulenan udara yang mampu menghalang sehingga 80 peratus zarah PM2.5 yang berbahaya daripada memasuki ke dalam kabin kenderaan. Ini membolehkan anda dan penumpang anda menikmati kualiti udara yang lebih baik dan sihat tanpa mengira keadaan di luar.

Versi baharu Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini turut memperkenalkan warna luaran baharu iaitu ‘FJORD BLUE’, yang memberikan impak rona biru metalik mewah pada kereta. Volvo XC40 Recharge Pure Electric juga disediakan dalam rona warna seperti ‘Crystal White’, ‘Black Stone’, ‘Thunder Grey’ dan ‘Sage Green’. 

Kejayaan menakjubkan yang ditunjukkan oleh Volvo XC40 Recharge Pure Electric menyedarkan saya bahawa kami sedang melangkah maju ke masa depan elektrik sepenuhnya. Sejak pengenalan agenda elektrifikasi kami, Volvo Car Malaysia sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pemanduan pelanggan. Dengan peningkatan baharu pada Volvo XC40 Recharge Pure Electric model baharu tahun 2023, kami percaya pelanggan boleh menikmati pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan serta memberi kebebasan dalam bergerak secara peribadi, mampan dan selamat.

– Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Perincian yang telah dinaik taraf pada model 2023 ini juga boleh didapati pada model XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid) pada harga RM268,888**. Manakala, untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric MY23 ini dijual pada harga RM278,888** dan boleh ditempah menerusi laman web rasmi Volvo Car Malaysia.

See also
Jom Balik Kampung Dengan Selamat Raya Ini

 

Pautan Berkaitan: Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric