Ini 5 Benda Penting Harus Bawa Untuk Trip Percutian Sempurna - Glam Malaysia
trip percutian sempurna

Ini 5 Benda Penting Harus Bawa Untuk Trip Percutian Sempurna

Tidak perlu tunggu hujung tahun atau musim cuti sekolah untuk rancang cuti, hujung minggu juga bolehkan dijadikan trip percutian sempurna! 

Makna percutian yang sempurna adalah sangat subjektif dan berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah orang, percutian yang sempurna mungkin bermakna bersantai di tepi pantai sambil menikmati matahari, manakala yang lain mungkin lebih gemarkan pengembaraan di kawasan pergunungan yang indah. Jika bertanyakan kepada saya, faktor seperti pengenalan budaya, aktiviti, dan hubungan sosial turut memainkan peranan penting dalam menentukan makna percutian yang sempurna. Lebih-lebih lagi apabila dapat mengenali sesuatu negara dengan lebih mendalam, itulah tujuan utama sesebuah percutian buat saya.

Namun, kemana sahaja saya pergi, saya pasti tidak akan melupakan beberapa perkara tatkala mengemas beg kembara saya. Betul kata orang, barang yang perlu dibawa semasa bercuti bergantung kepada destinasi, jenis perjalanan, dan keperluan peribadi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa barang penting yang biasanya berguna dalam kebanyakan percutian. Ayuh, saya kongsikan lima barang yang mungkin anda ingin pertimbangkan untuk dibawa ke setiap percutian anda!

Pastikan Anda Membawa 5 Benda Penting Ini Untuk Trip Percutian Sempurna

#1 Pilihan bagasi paling berkualiti (Paling penting!)

Percaya atau tidak, ini adalah perkara paling penting dan harus dititikberatkan. Mengikut pengalaman saya, untuk percutian yang sempurna, bagasi yang bagus dan berkualiti adalah salah satu keutamaan saya. Pernah mood percutian saya rosak begitu sahaja kerana tatkala sampai ke destinasi, bagasi utama saya pecah tidak semena-mena! Bukan sahaja memikirkan tentang kuantiti baju yang dibawa tetapi bagasi yang bagus dan berkualiti mampu memudahkan perjalanan bercuti anda.

See also
Kafe Mesti Kunjung: EL&N London Kini Di Kuala Lumpur

Trip Percutian Sempurna

Thousand Miles Koleksi Voyage

Pilihan GLAM: Koleksi Voyage daripada Thousand Miles memiliki bagasi yang cukup chic rekaannya. Paling penting ianya ringan kerana diperbuat daripada polikarbonat gred aeroangkasa Jerman dengan ilham desain bentuk kulit telur bahagian penjuru bagasi dengan kekuatan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, koleksi ini merupakan antara bagasi polikarbonat teringan di Malaysia, menjadikan ia sebuah bagasi yang mudah dibawa kemana-mana dan materialnya juga tidak mudah rosak. Ia turut hadir dalam pelbagai rona memukau mata!

#2 Beauty Pouch

Pilihan GLAM: Pouch mekap daripada jenama lokal @shopmanamana

Jangan tanya para editor di GLAM (termasuk saya), kerana kami punya masalah yang besar apabila bercakap tentang bagaimana hendak mengemas beg kit mekap dan penjagaan wajah setiap kali keluar bercuti ataupun ke trip kerja. Namun, baru-baru ini, saya dan beberapa rakan kerja mengembara ke Manila untuk penggambaran. Oleh kerana terlalu banyak barang harus dibawa, saya diminta untuk mengurangkan kapasiti barang peribadi termasuk barang penjagaan wajah! Memikirkan apa yang boleh dimuatkan di dalam satu pouch, saya mengambil keputusan untuk membeli botol-botol jenis travel size dan mengalih produk asal ke dalam botol-botol kecil. Tiada lagi Instagram shots di meja vanity atau di bilik air hotel. Paling penting, minimakan membawa barang-barang bersaiz besar untuk percutian yang lebih lancar!

See also
Dalam Diam Kim Kardashian Meminati Dr. Pimple Popper

#3 Aksesori yang berguna untuk trip percutian sempurna!

Gambar: Pinterest

Padlock, pengecas universal dan botol air guna semula adalah antara aksesori berguna yang perlu ada untuk trip percutian yang sempurna. Buat anda yang gemar membaca buku, untuk mengelakkan mengusung buku yang tebal, kami sarankan untuk anda menggunakan peranti Kindle atau sekadar membaca daripada iPad anda. Jika tanya saya, botol air guna semula adalah amat penting untuk saya bawa kemana-mana. Di samping mengekalkan hidrasi sepanjang hari, saya tidak perlu membazir dan membeli air minuman di dalam botol plastik lagi.

#4 Satu kasut yang selesa dan berguna untuk aktiviti harian

Trip Percutian Sempurna

Pilihan GLAM: Paling selesa saya gayakan ketika di Manila, New Balance 530

Kasut kegemaran saya tatkala ini adalah semestinya daripada koleksi New Balance. Bercerita semula tentang trip kami ke Manila, yang mana memerlukan saya berjalan lebih daripada 15,000 langkah sehari! Memenatkan namun langsung tidak membuatkan kaki saya berasa sakit baik di sana ataupun setelah kembali ke Kuala Lumpur. Jika bertanyakan kepada saya (juga teman sekeliling) pada kami kasut daripada jenama ini adalah yang terbaik untuk kegunaan harian atau juga bercuti. Dan memandangkan hari ini trend “normcore” semakin menjadi pilihan penggemar fesyen, iaitu sebuah trend yang mengutamakan gaya basic, bebas dan juga mementingkan keselesaan, maka ramai mampu relate dengan desain setiap koleksi jenama ini.

See also
Di Sebalik Kediaman RM211 Juta Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck

#5 Kit Kesihatan dan Farmasi

Tidak perlu membawa kit bersaiz besar! Cukup dengan kelengkapan penting seperti plaster, ubat-ubatan asas seperti panadol juga supplemen untuk tenaga sepanjang hari. Ini adalah amat penting, kerana kita tidak tahu saat bila kita memerlukannya.

trip percutian sempurna

Gambar: Pinterest