Related Stories
Syafiq Kyle Melangkah Ke Persada Antarabangsa
Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Syafiq Kyle menjejakkan kaki ke jenjang pelamin.
Mungkin ini dikatakan rezeki perkahwinan apabila aktor berusia 31 tahun itu ditawarkan berlakon dalam sebuah siri antarabangsa kala sedang sibuk mempersiapkan diri bergelar suami. Melalui satu perkongsian bersama media, Syafiq Kyle memaklumkan dia kini sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran bersama sebuah syarikat produksi dari United Kingdom.
Drama bersiri yang judulnya masih dirahsiakan itu akan memulakan penggambaran pada bulan Julai ini. Ia diadaptasi daripada sebuah novel mengenai seorang inspektor yang datang menjalankan siasatan di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

“Saya bakal terlibat dalam satu siri yang akan disiarkan di United Kingdom. Ia diadaptasi daripada sebuah novel dan barisan pelakon utama semuanya dari London. Jadi watak-watak utama ini datang ke Malaysia untuk menyelesaikan satu kes jenayah. Saya akan menggalas watak Sarjan Syukur, bagaimanapun buat masa sekarang skrip masih lagi dirahsiakan.”
Aktor One Cent Thief ini berkata, dia merupakan antara artis yang berjaya dalam uji bakat yang dijalankan. Terdapat beberapa lagi pelakon Malaysia yang akan turut terlibat menjayakan siri tersebut. Kelainan dalam lakonannya kali ini adalah dia perlu melontarkan dialog dalam bahasa Inggeris. “Saya perlu belajar bahasa Inggeris untuk menjayakan siri ini. Saya suka perkara-perkara yang mencabar diri, sebab itu saya ambil peluang ini selain untuk mengetengahkan bakat.”
Syafiq Kyle Menghitung Hari Bergelar Raja Sehari
Dalam mempersiapkan diri menjalani penggambaran, Syafiq Kyle boleh menarik nafas lega kerana persiapan perkahwinannya sudah pun diaturkan. Kini, dia dan bakal isteri, Mimi Lana hanya menunggu tarikh untuk diijabkabulkan.
“Alhamdulillah, semua persiapan telah selesai. Cuma tunggu akad sahaja lagi. Saya banyak tengok ceramah sebagai persediaan menjadi suami.”
Sorotan LainPrada Lancar Kafe Pertama Di Asia
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing
Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump
9 Pesta Mewah di Seluruh Dunia Yang Perlu Anda Tahu
Amber Heard ‘Kantoi’ Menipu Isu Keganasan Rumah Tangga
5 Filem Terbaik Chloe Grace Moretz Patut Tonton![]()
Syafiq Kyle menghantar rombongan meminang aktres Villa Kristal itu pada Januari lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. Mimi berkongsi sekeping foto jarinya yang bakal disarungkan cincin berserta kapsyen, “One step closer Insya-Allah, Alhamdulillah.” Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak pula memuat naik dua keping foto dirinya dan bakal isteri. “Counting days. 1, 2, 3 action!” tulisnya ringkas berserta emoji sebentuk cincin.

Foto: Malaysiapost
Perkongsian Mimi dan Syafiq mengundang keterujaan di kalangan peminat dan rakan artis. Ramai merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan agar impian mereka untuk menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.
Foto: Facebook
Baca: “Bersederhana Itu Adalah Impian Perkahwinan Saya” – Mimi Lana
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
