Related Stories
Senarai Bilionair Forbes 2023, Siapa Artis Yang Tersenarai?
Forbes telah mengeluarkan senarai bilionair 2023 sekali gus meletakkan noktah pada penantian peminat yang mahu melihat siapakah artis yang berjaya tersenarai tahun ini.
Senarai yang diterbitkan buat kali pertama pada 1987 itu membariskan individu-individu yang memiliki nilai bersih sebanyak USD1 bilion (RM 4.4 bilion). Ia dikompilasi oleh majalah perniagaan tersohor Amerika Syarikat, Forbes.
Bintang Hollywood seperti Rihanna, Jay Z dan Kanye West bukan sahaja memiliki peminat yang ramai tetapi juga memperoleh pendapatan yang amat tinggi. Ia datangnya daripada persembahan dan konsert, serta peranan mereka sebagai duta jenama terkenal. Ini menjadikan mereka antara selebriti terkaya di dunia.

Foto: Koimoi
Siapakah penghibur tersohor yang memasuki Senarai Bilionair Forbes tahun ini?
Penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna berjaya tersenarai sebagai bilionair untuk dua tahun berturut-turut. Selain kerjaya muzik, bintang berusia 35 tahun itu meningkatkan pendapatannya menerusi bidang perniagaan. Dia merupakan pemilik jenama pakaian dalam Savage X Fenty serta rangkaian kosmetik Fenty Beauty. Walaupun kembali tersenarai, Rihanna jatuh beberapa anak tangga daripada tempat ke-1729 tahun lalu kepada kedudukan ke-2002 tahun ini. Jumlah kekayaannya menurun dari USD1.7 bilion kepada USD1.4 bilion, menurut Forbes.
Bintang realiti televisyen dan usahawan, Kim Kardashian pula menduduki tangga ke 2259. Dia dilihat mengalami kerugian apabila kekayaannya merudum dari USD1.9 bilion kepada USD1.2 bilion tahun ini. Sebahagian besar pendapatannya diperolehi daripada jenama pakaian dalam miliknya, Skims yang kini dianggarkan bernilai USD3.2 bilion.

Foto: Getty Images
Suami kepada Beyonce, Jay Z berada pada kedudukan ke-1127. Sejak tersenarai pada tahun 2022, nilai kekayaan pemuzik dan penerbit berusia 53 tahun itu meningkat sebanyak USD1.6 bilion, menjadikannya berjumlah USD3.7 bilion kini.
Nasib tidak menyebelahi Kanye West atau Ye apabila namanya tercicir daripada senarai tahun ini. Tidak lama selepas mengeluarkan kenyataan anti-semitik di media sosial tahun lalu, kerjasamanya dengan jenama pakaian sukan Jerman, Adidas ditamatkan. Menurut laporan, perjanjian itu bernilai USD2 bilion dan tanpanya, Kanye tidak lagi memegang status bilionair.
“Adidas tidak bertolak ansur dengan anti-Semitisme dan apa juga jenis kenyataan berbaur kebencian. Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian dan membahayakan. Ia juga melanggar nilai syarikat yang merangkumi kepelbagaian, inklusiviti, saling menghormati dan kesaksamaan,” kata jenama itu dalam satu siaran akhbar pada bulan Oktober 2022.

Foto: Shutterstock
Sama seperti Kanye West, bekas adik iparnya Kylie Jenner juga tidak tersenarai tahun ini. Namanya dibuang dari senarai pada tahun 2021 dan sejak itu tidak berjaya meraih sebarang kedudukan dalam Senarai Bilionair Forbes. Jenama kecantikannya, Kylie Cosmetics membantunya memperoleh gelaran ‘youngest self-made millionaire’, menurut Forbes pada 2020.
Foto: People
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
