Siri Samsung Galaxy S24 Cipta Pengalaman Luar Biasa
Samsung Galaxy S24

Siri Samsung Galaxy S24 Cipta Pengalaman Luar Biasa

Tampil dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang pertama daripada Samsung, Siri Galaxy S24 ini bakal memaknakan semula serta memberi pengalaman tiada tandingan buat pemilik telefon pintar di era serba moden ini. 

Dalam dunia hari ini, sesungguhnya kita dapat melihat ledakan inovasi serta revolusi teknologi semakin pesat malah laju seiring perubahan zaman. Terkini, sebuah lagi inovasi iaitu teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI berjaya disempurnakan. Samsung turut tidak ketinggalan untuk mengadaptasikan teknologi hebat ini kedalam peranti terbaharu mereka iaitu siri Samsung Galaxy S24. 

Siri Samsung Galaxy S24 terbaharu ini telah merangkumi model telefon pintar Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ juga Galaxy S24. Siri ini bakal memberi impak langsung menetapkan standard terbaharu di dalam inovasi telefon pintar yang premium dan memudahkan lagi rutin harian manusia hari ini. 

Hubungan tanpa sempadan, kami yakin kuasa Galaxy AI mampu mengubah gaya hidup anda. Samsung berjaya mencetus gaya baharu dalam berkomunikasi dan kami sendiri telah merasai kecanggihan telefon pintar ini. 

See also
All New S Pen

Cukup berbeza daripada model terdahulu, siri terkini Samsung Galaxy S24 ini menampilkan pelbagai ciri utama yang telah dikuasakan oleh teknologi Galaxy AI ini. Antaranya adalah ciri Note Assist, Circle To Search, Photo Assist juga Live Translate.

Antara Ciri Hebat Pilihan GLAM Dalam Siri Samsung Galaxy S24

Galaxy S24

Sebuah ciri yang mengagumkan dan dicipta ‘next level’, Samsung memperkenalkan ciri Circle To Search yang dikuasakan oleh Google. Ciri ini membenarkan anda untuk menekan butang ‘home’ selama beberapa minit langsung membulatkan apa sahaja pada gambar tertera di skrin lantas terus dibawa ke pautan Google untuk dengan hasil informasi yang anda ingin tahu.

Photo Assist adalah antara ciri kegemaran di dalam telefon pintar ini. Buat anda yang gemar merakam gambar, pastinya ciri ini dapat membantu mendapatkan hasil rakaman dengan kreativiti yang terbaik. Terima kasih kepada teknologi ProVisual Engine yang di dalam Galaxy S24 ini, ia dapat mempertingkatkan kemahiran pengguna dengan panduan lengkap alatan berkuasa AI dan memaksimumkan kebebasan pengguna untuk meluahkan kreativiti kala menyunting gambar. 

See also
Samsung Mendominasi Galaksi Gajet Dengan S22 Ultra

Ciri ini membolehkan pengguna memadam sebarang elemen yang tidak diingini di dalam gambar, mengarang semula atau juga mengikut kesesuaian cadangan daripada AI yang mampu mengubah latar belakang sesebuah imej yang dirakam.

Galaxy S24

Note Assist membantu mengemas kini semula tulisan tangan yang ditulis dikala anda menulis nota di dalam telefon pintar ini dengan lebih efektif. Bukan itu sahaja, nota turut boleh disimpan di dalam pelbagai format berbeza serta boleh dikongsi pada sesiapa sahaja dengan cukup mudah.

Kini, anda juga boleh menikmati pengalaman terjemahan suara dan teks dua hala dalam masa yang nyata bagi panggilan telefon. Ciri Live Translate yang terdapat di dalam telefon ini mampu mengubah segala-galanya. Perbualan langsung boleh diterjemahkan secara serta-merta pada paparan skrin pada pandangan skrin terbelah (split-screen) dimana ia membenarkan seseorang membaca transkripsi teks tentang perkara yang dikatakan oleh orang lain.

Pengambilan gambar di sebelah malam atau dikawasan gelap kini telah dikuasakan dengan ciri Nightography hebat. Pengguna tidak perlu risau, hasil gambar akan kekal cerah dalam sebarang keadaan. Nikmati pencahayaan tinggi walaupun dalam keadaan malap dengan saiz piksel yang bersaiz 60 peratus lebih besar berbanding model sebelum ini. 

See also
Di Sebalik Kediaman RM211 Juta Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck

Perkasa Kreativiti Epik Bersama Siri Samsung Galaxy S24

Sesungguhnya Samsung Galaxy S24 ini mampu menjadi pintu gerbang buat pengguna yang ingin mencuba pengalaman AI yang selamat dan terjamin di dalam skala global. Bukan sekadar memberi kemudahan, ia turut menjadi kunci kepada kreativiti pengguna telefon pintar hari ini. 

Galaxy S24 dan Galaxy S24+ boleh didapati dalam warna 4 rona iaitu Amber Yellow, Cobalt Violet, Marble Gray dan Onyx Black pada harga permulaan RM4,099 dan RM4,899. Manakala Galaxy S24 Ultra hadir dalam warna 4 rona iaitu Titanium Yellow, Titanium Violet, Titanium Gray juga Titanium Black pada harga bermula RM6,299. 

Untuk membeli atau ketahui lebih lanjut tentang siri terkini Samsung Galaxy S24 ini, layari laman rasminya di sini: Galaxy S24 Ultra dan Galaxy S24 | S24+.