Nikmati Pengalaman BritishGP Paling Eksklusif Bersama McLaren di HGI Silverstone
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioDengan tayangnya filem yang kini fenomena, F1 The Movie, lakonan utama Brad Pitt, ternyata aura perlumbaan itu melekat di minda ramai biarpun untuk mereka yang pertama kali menyaksikan filem tersebut dan bagi yang tidak pernah menjadi peminat perlumbaan hebat global itu. Bayangkan, anda sedang berdiri di hadapan grid permulaan. Ya, anda boleh dan yang lagi istimewanya adalah anda boleh menginap di suite mewah yang terletak betul-betul menghadap ke starting grid Silverstone, lokasi paling penting dan ikonik dalam perlumbaan BritishGP.
Bukan sekadar menonton dari jauh, tetapi anda berada cukup dekat untuk menyaksikan persiapan jentera dan pelumba hanya beberapa meter dari tempat anda berdiri. Itulah pengalaman premium yang ditawarkan bersama McLaren di Hilton Garden Inn (HGI) Silverstone, eksklusif untuk hujung minggu Grand Prix British.
Suite First Class Dengan Pemandangan BritishGP Yang Tiada Tandingan

Kredit foto: Instagram Hilton Garden Inn Silverstone
Keunikan suite ini terletak pada pemandangan luar biasa yang ditawarkan, terus menghadap ke grid permulaan yang menjadi pusat perhatian di BritishGP. Dari suite ini, tetamu akan dapat melihat setiap detik persiapan, aksi mendebarkan, dan kelajuan luar biasa secara langsung di hadapan mata anda.
Bukan sahaja menawarkan ruang yang selesa dan peribadi, suite first class ini juga membolehkan tetamu menikmati perlumbaan dengan penuh gaya dan ketenangan. Jauh dari kesesakan penonton, tetamu berpeluang menikmati suasana eksklusif dan selesa sepanjang hujung minggu perlumbaan BritishGP.
Layanan Premium Eksklusif Bersama McLaren
Apa yang menjadikan pakej BritishGP ini lebih istimewa ialah pengalaman hospitaliti kelas dunia yang diuruskan sepenuhnya oleh McLaren. Tetamu akan disajikan dengan menu gastronomi mewah, minuman eksklusif, serta akses ke ruang eksklusif yang menjadi tempat pertemuan tetamu VIP dan personaliti penting dalam dunia Formula 1.
Lebih menarik, tetamu juga berpeluang menyelami suasana sebenar dunia McLaren, melihat jentera perlumbaan mereka dari dekat, memahami strategi perlumbaan, dan mungkin berpeluang bertemu dengan pasukan dan individu berpengaruh dalam arena ini. Segala perincian pengalaman ini direka untuk memberikan tetamu rasa eksklusiviti dan kenangan yang tidak ternilai.
Hujung Minggu BritishGP Yang Tidak Akan Dilupakan

Kredit foto: Instagram Hilton Garden Inn Silverstone
Jika anda inginkan pengalaman hujung minggu BritishGP yang benar-benar mewah, ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan. Bukan sekadar menonton perlumbaan, anda akan menjadi sebahagian daripada detik paling ikonik di Silverstone, satu kenangan yang pasti terpahat seumur hidup.
Dengan gabungan layanan premium, pemandangan eksklusif dan suasana mewah, suite first class bersama McLaren di HGI Silverstone menawarkan pengalaman BritishGP yang sukar ditandingi. Inilah cara terbaik untuk menikmati Grand Prix British, penuh gaya, dekat dengan aksi, dan pastinya ‘first class’.
Artikel berkaitan: Trunk Trofi Formula 1 Rekaan Khas Louis Vuitton Buat Juara!
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
