Mesej Ringkas Farid Kamil Mengundang Rasa Hiba Peminat - Glam Malaysia
Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu

Mesej Ringkas Farid Kamil Mengundang Rasa Hiba Peminat

Bahtera perkahwinan mana yang tidak dilanda badai – begitu situasi yang sedang dialami pasangan selebriti terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle.

Hampir sebulan tidak bertemu anak-anak, Farid Kamil meluahkan kerinduan terhadap dua cahaya matanya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, menerusi satu perkongsian meruntun jiwa di Instagram.

Bintang Anwar, The Untold Story itu memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan momen indahnya bersama anak-anak ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini, termasuk sekeping foto Diana Danielle yang sedang tersenyum bahagia. Bersama-sama perkongsian itu, dia menitip mesej ringkas nan pilu, “Rindunya pada mereka Ya Allah. Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu.”

farid kamil

Foto: Gempak

Selang beberapa jam, pelakon berusia 42 tahun itu berkongsi sebuah video di hadapan Kaabah berserta luahan hati, “Alhamdulillah, Semuanya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah. Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

See also
The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” - Meryl Streep

Netizen Meluahkan Rasa Simpati Terhadap Nasib Yang Menimpa Farid Kamil

Perkongsian tersebut mengundang rasa hiba di kalangan peminat yang tidak henti-henti menitipkan nasihat dan doa agar kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Sabar itu indah. Hadapi dugaan dengan senyuman. Insya-Allah ada kemanisan di sebalik kepahitan”, “Semoga Allah menyatukan hati dan jodoh mereka hingga ke syurga”, “Kejar dia jika sayang. Jangan sakiti dan burukkan dirinya. Jadi suami dan ayah yang mampu mendidik, Insya-Allah ada jalan,” coret beberapa netizen.

Seminggu lalu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle setelah aktres Imaginur itu menfailkan permohonan cerai pada 10 Mac atas alasan tiada persefahaman dan berlalu shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, bagaimanapun Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap isterinya. Pasangan itu diperintahkan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan perlu menghadiri sebutan kedua yang ditetapkan pada hari ini.

 

Foto: The Star

Baca: 5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood