Meghan Markle Beri Penghormatan Istimewa Buat Mendiang Puteri Diana - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Meghan Markle Beri Penghormatan Buat Mendiang Puteri Diana

Meghan Markle Beri Penghormatan Istimewa Buat Mendiang Puteri Diana

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Awal pagi semalam, jurucakap Markle dan Harry mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa cahaya mata sulung pasangan itu akan menjadi abang. “Kami mengesahkan bahawa Archie akan bergelar abang tidak lama lagi. Duke dan Suchess of Sussex sangat teruja menanti kehadiran anak kedua mereka.”

Menerusi foto yang dikongsi, Markle dan Putera Harry dirakam memandang wajah masing-masing dengan penuh kasih sayang. Pelakon Suits itu memegang perutnya sambil berbaring di riba sang suami.

Ini bukanlah kali pertama Markle dan Putera Harry memberi penghormatan buat mendiang Puteri Diana berkaitan hal anak-anak. Pada 2019 pasangan ini memberi penghormatan kepada mendiang ibu Puteri Diana sewaktu mengumumkan kelahiran Archie. Menurut apa yang dilaporkan, adik-beradik mendiang Puteri Diana antara yang terawal diberitahu mengenai ketibaan cahaya mata pasangan itu.

See also
Sejenak Bersama YM Tunku Elana Khyra

“Ratu, Duke of Edinburgh, Prince of Wales, Duchess of Cornwall, Duke dan Duchess of Cambridge, Lady Jane Fellowes, Lady Sarah McCorquodale dan Earl Spencer telah dimaklumkan dan teruja dengan berita berita ini.”

Jelas, Duke dan Duchess of Sussex merancang untuk terus menghidupkan memori mendiang Puteri Diana buat Archie dan bakal adik-beradiknya.

Foto: townandcountrymag

Baca: Kejutan Ulang Tahun Kelahiran Daripada Harry & Meghan Markle Buat Kate Middleton