Golden Globes 2021: Senarai Pemenang & Kontroversi HFPA - Glam Malaysia
Golden Globes 2021: Senarai Pemenang & Kontroversi HFPA

Golden Globes 2021: Senarai Pemenang & Kontroversi HFPA

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walau masih berhadapan dengan situasi pandemik, Golden Globes ke-78 akhirnya berjaya dilangsungkan dan telah pun melabuhkan tirainya.

Berbanding tahun-tahun lalu, anugerah Golden Globes kali ini mendapat lebih tumpuan atas beberapa sebab.

Ia tertangguh sejak Januari disebabkan pandemik Covid-19, memaksa hos Tina Fey dan Amy Poehler untuk mengacarakan majlis ini dari dua lokasi berbeza – Tina di New York manakala Amy pula di Los Angeles.

Golden Globes 2021: The funniest jokes from Amy Poehler and Tina Fey | The  Independent
Foto: 2021 NBCUniversal Media, LLC

Kemeriahan juga kurang dirasai kerana kehadiran calon dan penerimaan hadiah dilakukan secara maya. Penonton yang dibenarkan berada di lokasi hanyalah barisan hadapan dan pekerja yang terlibat.

Satu kontroversi juga timbul sewaktu majlis berlangsung. Hollywood Foreign Press Association (HFPA) yang menyelia acara tersebut menerima kecaman apabila siasatan Los Angeles Times mendapati berlakunya pelanggaran etika. Dilaporkan, HFPA yang membariskan 87 anggota tidak mempunyai seorang pun wartawan berkulit hitam.

“Malam ini di kala kita meraikan pencapaian artis dari seluruh dunia, kita menyedari bahawa terdapat tugas yang kita sendiri perlu lakukan,” kata naib presiden, Helen Hoehne.

“Sama seperti dalam filem dan televisyen, perwakilan kulit hitam sangat penting. Kita harus mempunyai wartawan berkulit hitam dalam organisasi ini.”

Sebelum itu dalam sesi monolog, Tina dn Amy sempat mengutarakan kontroversi yang timbul.

See also
Selebriti & Filem Yang Tidak Layak Menerima Pencalonan Oscar

“Kita semua tahu majlis anugerah adalah sesuatu yang dungu. Tetapi walau sedungu mana pun, inklusiviti amat penting. Saya sedar, HFPA, mungkin anda tidak mendapat memo kerana tempat kerja anda adalah ruang belakang McDonald’s Perancis, tetapi anda harus mengubahnya. Ia harus dilakukan,” kata Tina.

Walau apa pun, majlis tetap berlangsung dengan lancar sehingga ke penghujungnya.