Related Stories
GBC Love Wellness: Sesi Aqua Fitness Bertenaga Di Sunway Resort
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioAhli GLAM Beauty Club (GBC) diraikan minggu lalu dalam siri GBC Love Wellness yang cukup mendapat sambutan hangat. Kali ini, acara berlangsung di Sunway Resort dengan aktiviti utama iaitu sesi aqua fitness yang penuh bertenaga, disertai DIY Lemonade yang segar dan menyeronokkan. Gabungan aktiviti ini memberi pengalaman yang seimbang antara kecergasan dan santai.
Lebih daripada sekadar acara, GBC Love Wellness memberi peluang untuk ahli keluar seketika daripada kesibukan rutin harian. Dengan suasana eksklusif di Sunway Resort, ia menjadi ruang untuk berhubung, berkongsi momen istimewa dan meraikan gaya hidup sihat bersama komuniti GBC.
Seperti edisi sebelum ini, acara ini terus menekankan pentingnya self-care. Daripada aktiviti kecergasan hingga sentuhan santai, setiap elemen dirancang untuk memastikan ahli GBC merasai pengalaman yang bermakna dan bernilai.
Sesi Aqua Fitness dan DIY Lemonade
Acara dimulakan dengan aqua fitness, senaman berintensiti sederhana dalam air yang dipimpin oleh instruktor Nico Dennis yang berpengalaman. Dengan alunan muzik rancak, para peserta melakukan gerakan yang membantu meningkatkan stamina, kekuatan otot dan keseimbangan tubuh. Suasana penuh energi ini menjadikan senaman terasa menyeronokkan dan bukan sekadar rutin biasa.
Selepas itu, suasana bertukar lebih santai dengan sesi DIY Lemonade. Ahli GBC berpeluang menghasilkan minuman mereka sendiri menggunakan lemon segar dan ramuan semula jadi. Aktiviti ringkas tetapi kreatif ini menjadi pelengkap sempurna selepas sesi senaman yang menguji tenaga.
Door Gift Eksklusif

Seperti acara GBC Love Wellness sebelum ini, tetamu yang hadir ke sesi aqua fitness di Sunway Resort ini juga turut menerima door gift eksklusif. Antara jenama yang mengisi beg hadiah ialah Philosophy Malaysia, Chloe Parfums, Clarins serta produk terapeutik daripada Tanamera. Lebih istimewa, setiap peserta juga membawa pulang tumbler edisi khas GBC X Montigo sebagai tanda kenangan.
Dengan gabungan senaman air yang menyeronokkan, aktiviti santai dan hadiah eksklusif, GBC Love Wellness di Sunway Resort sekali lagi membuktikan keistimewaannya sebagai acara yang meraikan gaya hidup sihat dan penuh gaya untuk komuniti GBC.
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.









