16 Foto Raptai Istiadat Pertabalan Raja Charles III
Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya istiadat pertabalan Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla yang bakal melakar sejarah tersendiri.
Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari di kota London itu akan dimulakan dengan dua perarakan dan upacara keagamaan pada 6 Mei. Ini diikuti dengan konsert gemilang di Istana Windsor pada keesokan hari. Beberapa artis tersohor akan membuat persembahan pada istiadat pertabalan Raja Charles termasuk Katy Perry dan Lionel Richie.
Beberapa kerabat Diraja telah mengesahkan kehadiran mereka antaranya Putera Albert II dan Puteri Charlene dari Monaco serta Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko dari Jepun. Manakala Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah pun tiba di London dua hari lalu.
Lihat persediaan Tentera Diraja dan pemeriksaan yang dilakukan Raja Charles sendiri untuk memastikan istiadat pertabalan berjalan sempurna.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Rolex Menjulang Esen Kesenian Sinema
May 07, 2026
‘Self-Care’ Dengan Pembersih Wajah Mewah Ini
May 07, 2026
Rayakan 60 Tahun FRED Force 10 Dengan Kilauan Baharu Emas Force 10 Rise
May 07, 2026
Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri
May 07, 2026
Ketahui 5 Puteri Raja Bergelar Ibu Yang Punya Aura GLAM
May 07, 2026
Chryseis Tan in Command!
May 06, 2026
GLAM Memilih Idea Hadiah Jenama Lokal Buat Ibu
May 06, 2026

