Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023 - Glam Malaysia
Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023

Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Karpet merah festival filem Cannes 2023 cukup glamor kali ini! Penampilan para selebriti dan personaliti fesyen hadir penuh dengan kemewahan. 

RALINE SHAH

Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023

Personaliti fesyen dari Indonesia, Raline Shah tampil elegan dalam balutan kebaya tradisional Indonesia, lengkap dengan perhiasan Chopard. Raline Shah sangat memukau dan ternyata bijak kerana memilih busana tradisional sebagai penampilan utama saatnya melangkah karpet merah Cannes 2023. 

Ini adalah kali kedua personaliti 38 tahun itu menghadiri Festival Filem Cannes. Tahun ini, Raline memenuhi undangan tayangan perdana filem “Killers of the Flower Moon’ yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio.

Kebaya biru Raline Shah ini direka oleh pereka fesyen couture Indonesia, yakni Maison Baaz Couture.

 

NAOMI CAMPBELL

Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023

Supermodel dari England ini terlihat memesona saat mengenakan gaun merah kreasi Valentino Haute Couture dari koleksi musim bunga 2023 Le Club Couture. Gaun tersebut dilengkapi ‘cape’ panjang meleret rona merah jambu dari koleksi musim luruh 2023 The Beginning. 

See also
Stail Selebriti Atas Karpet Biru 23rd Critic's Choice Awards