Temui Label Lokal Kegemaran Anda Di CLUB21 Lab
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioCLUB21 Lab muncul sebagai platform fesyen berkurasi baharu di Kuala Lumpur, meraikan bakat Asia Tenggara yang menyatukan fesyen, budaya serta identiti dalam satu pengalaman membeli-belah yang ekspresif dan kontemporari.
Di persimpangan gaya dan ekspresi, CLUB21 Lab menandakan bab baharu dalam landskap fesyen Kuala Lumpur di mana ia bukan sekadar butik, tetapi sebuah ruang destinasi membeli-belah yang meraikan fesyen sebagai ekspresi budaya dan identiti. Telah dibuka secara rasmi di The Shoppes at Four Seasons Place KL, pelancarannya menghimpunkan komuniti fesyen tempatan daripada pereka, rakan industri hingga pempengaruh yang menjadi saksi kelahiran era baharu runcit berkurasi. Di sini, berlangsungnya fesyen yang diraikan sebagai dialog antara global dan tempatan, gaya dan cerita, estetika dan pengalaman.

CLUB21 Menghadirkan Deretan Jenama Lokal Dari Asia Tenggara
Mengangkat konsep multi-brand curated retail, CLUB21 Lab mempersembahkan pilihan lebih 20 jenama lokal dengan fokus jelas terhadap bakat muda Asia Tenggara, khususnya dari Thailand, Korea dan juga Malaysia. Buat pertama kalinya, CLUB21 membuka pintu kepada pereka tempatan untuk berdiri sebaris dalam ekosistemnya, lantas menjadi satu langkah signifikan yang mengukuhkan komitmen terhadap suara fesyen serantau. Setiap sudut butik direka sebagai pocket concept yang berbeza, mengundang pengunjung untuk bergerak bebas antara suasana dan emosi seperti Grab & Go untuk helaian asas harian, Hearts Store yang manis dan feminin, Beach Club dengan getaran santai percutian. Manakala, Denim Bar yang kasual dan edgy serta Asia Talents sebagai pentas utama bakat serantau turut boleh diterokai.

Sorotan istimewa diberikan kepada jenama tempatan seperti ayaaya, SHALS, Ghostboy, Anaabu serta All Love yang mencerminkan kepelbagaian naratif fesyen Malaysia. Daripada nada minimalisme berjiwa seni hingga ke rekaan eksperimental yang berani. Kehadiran label Thailand seperti Rally Movement, Mitr dan IAMIAM serta jenama Korea kegemaran ramai seperti Carlyn, Margesherwood dan Rest & Recreation, turut sama memperkayakan lagi kurasi ini dengan perspektif Asia yang segar dan relevan. Setiap jenama dipilih bukan sekadar atas trend, tetapi atas cerita, identiti dan kejujuran kreatif yang dibawa.

Lebih daripada sebuah destinasi membeli-belah, CLUB21 Lab menjemput pengunjung untuk meneroka fesyen secara lebih peribadi dan ekspresif. Ia adalah ruang untuk mencuba, merasai dan menemukan sesuatu yang baharu tentang gaya, diri dan komuniti. Dengan pendekatan yang lebih berani dan berjiwa kontemporari, CLUB21 Lab memperluas sempadan runcit yang juga membina masa depan fesyen Asia yang lebih inklusif dan bertaraf tinggi.

Artikel berkaitan: Label Lokal Fesyen Asia Tenggara Untuk Anda Add To Cart!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
