Prabal Gurung Mencabar Status Quo Dunia Fesyen - Glam Malaysia

Prabal Gurung Mencabar Status Quo Dunia Fesyen

 

 

Prabal Gurung merupakan salah satu pereka fesyen yang sering menyokong isu fesyen buat mereka yang bersaiz besar — plus-sized. Sejak menempa nama dalam dunia fesyen, beliau mereka busana buat pelbagai saiz, ada juga sehingga saiz 22.

 

Buat kolaborasi beliau bersama penjual pakaian plus-sized, Lane Bryant, Prabal berkata sedikit tentang misi beliau mencabar sistem saiz yang menjadi kebiasaan dalam dunia fesyen — kecil itu cantik, besar itu tidak. Prabal mengenang kembali saat beliau ditanya oleh seorang kenalan, “Mengapa kamu mereka pakaian buat orang gemuk?”. Selepas melihat reaksi beliau, wanita itu kemudian berkata, “Oh tidak, saya hanya maksudkan ia sebagai jenaka!” Pereka fesyen Nepal itu kemudian menjawab, “Sememangnya kamu tahu ia bukan perkara lucu,” beliau memberitahu Fashionista.

 

 

“Saya beritahu dia, kata-kata sangat kuat, ia dapat impak yang besar, kepada kehidupan seseorang juga. Kebanyakkan wanita Amerika tidak bersuara, dan berasa seperti mereka tidak tergolong dalam dunia ini, dan saya mahu pastikan sebaliknya. Orang macam kamu lah yang merkata-kata sebegini — ada sebab mengapa saya mahu berbuat demikian.

See also
Bintang Muda ‘STYLISH’ di Cannes 2023

 

Prabal berinspirasi untuk mereka sebuah koleksi high fesyen apabila beliau sedar akan perubahan yang beliau ingin lihat, dalam industri ini dan juga dunia. Beliau berkata bahawa perubahan tidak akan terjadi jika dia hanya memperagakan busana rekaan beliau menggunkan model bersaiz besar atau dari etnik lain; ia perlu terus berlangsung, dan beliau rasa jika beliau menggunakan suara dan pengaruhnya, ia akan menggerakkan situasi ini.

 

“Industri kami amatlah perlahan dalam perubahan, dan juga gerun serta takut. Kami berkendali dalam kegerunan dan ketakutan. Terdapat sekumpulan mereka yang berani dalam mengambil anjakan paradigma, tetapi majoritinya tidak,” sambung Prabal.