Pertunjukan Fesyen Pertama Dolce & Gabbana di Luar Itali
Kota metropolitan Hong Kong telah menyaksikan sejarah dilakar!
Beberapa hari lalu, Domenico Dolce dan Stefani Gabbana, dari Dolce & Gabbana telah mengadakan pertunjukan fesyen pertama mereka di luar Itali. Hal ini bagi meluaskan “pengaruh” Alta Moda, sebuah kelab berunsur couture yang mereka asaskan pada tahun 2012.
Pertunjukan fesyen itu diadakan di lobby Hotel Peninsula yang dihias eksklusif ala Itali dan merangkumi lebih 100 gaya dari peragawan dan peragawati berbangsa Cina. Antara senarai hadirin yang diundang termasuklah editor-editor dari pelbagai majalah ternama sertsa klien tempatan.
Walaupun koleksi tersebut banyak mengambil motif bulu burung unta di samping bunga ceri yang diilhamkan dari tradisi Asia, pakaian yang diragakan tidaklah terlalu tertakluk kepada cita rasa pelanggan Cina mereka.
“Ada dari kalangan mereka yang tidak pernah menyaksikan pertunjukan fesyen kami di Itali, jadi terdapat beberapa gaya klasik Alta Moda yang kami selitkan, seperti bunga brocade, renda. Kami tidak mengubah apa yang sedia ada, hanya lokasinya sahaja”, kata Dolce.
“DNA koleksi ini semestinya Dolce & Gabbana”, sambungnya.
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



