#NYFW: “SPRING IN MANHATTAN”-Tampil Semarak Dengan Kate Spade New York SS24 - Glam Malaysia
new york fashion week

#NYFW: “SPRING IN MANHATTAN”-Tampil Semarak Dengan Kate Spade New York SS24

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pengarang fesyen GLAM, Johan Kassim mendekati sendiri koleksi musim bunga 2024 Kate Spade New York yang berlangsung di lokasi ikonik New York-the High Line. Meluangkan pagi yang indah di the High Line dengan deretan pakaian dan aksesori kaya warna dan corak untuk mengharungi hari-hari di bawah sinar matahari dengan semangat positif pada musim akan datang. 

Mendapat inspirasi daripada pemandangan menakjubkan musim bunga di Manhattan, koleksi Kate Spade New York musim bunga 2023 nyata merakam tenaga baharu apabila meninggalkan gerobok musim sejuk anda. Memasuki musim baharu dengan semangat yang lebih mengujakan. Kate Spade New York mengambil alih lokasi High Line kemudiannya dibuka kepada orang ramai, menjemput komuniti New York untuk bersama merai detik gembira dan menikmati ketenangan dalam suasana New York. 

 

Koleksi musim bunga 2024 terbukti menjadi pendamping setia musim akan datang. Kerana kaya akan corak, warna dan butiran yang membahagiakan. Khas musim ini, terdapat koleksi yang terinspirasi oleh keindahan yang diperolehi dari kehidupan sehari-hari. 

See also
Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Inspirasi koleksi musim bunga 2023 bermula dengan idea gambaran pertama musim bunga di Manhattan. Salah satu destinasi utama dan kesukaan para penduduk kota New York. Saat memasuki musim tersebut, warga New York disambut oleh hari-hari yang tidak terduga dan keindahan bandar itu akan tiba-tiba menyemarak. Pelbagai perasaan menyelubungi ketika itu, ia mencetuskan pelepasan, keseronokan dan harapan untuk apa yang bakal hadir. Koleksi Kate Spade New York musim bunga 2024 adalah tentang suasana dan perasaan itu, serta momen gembira yang tercetus secara tidak langsung. 

Khas gaya musim bunga, Kate Spade New York turut memperkenalkan koleksi yang terinspirasi oleh keindahan yang didapat dari kehidupan sehari-hari. Sebut sahaja ketika orang-orang bersiar-siar, menghadiri jamuan makan bersama keluarga atau teman-teman, kuntuman bunga mula mengembang sampai ke anjuran festival-festival seni yang menggemakan semangat. Walau hal tersebut lumrah terjadi, namun hal-hal kecil ini dapat membuat segala sesuatu terasa lebih indah. Maka itu, Kate Spade mencampurkan ragam motif dengan warna-warna terang termasuk rekaan beg tangan ragam rupa dan mengutamakan fungsi. 

See also
#GLAMRaya 3: Nafas Moden Musim Lebaran 2017

Melalui koleksi ini, Kate Spade New York memenuhi janji jenama tentang kewanitaan dan ekspresi yang menggembirakan, yang mana musim ini direka dengan nada yang lebih santai yang menimbulkan rasa tegang. Gaya berpakaian lebih semarak dengan nuansa warna cerah yang dilengkapi ton warna lembut. Koleksi ini membawa estetika ‘sporty’ dengan siluet kasual, garisan bersih dan sut moden, semuanya hadir dengan sentuhan klasik Kate Spade New York. 

CETAKAN NOEL KEMBALI

Pada beberapa koleksi tas, terdapat rekaan beg yang menjadi fokus musim ini. Yang mana, Kate Spade memperkenalkan semula motif Noel yang ikonik. Yang dipinjam dari arkib klasik yang pernah dilancarkan oleh Kate dan Andy Spade pada tahun 1999. Motif Noel bersifat playful dan pragmatik, dibayangkan semula untuk generasi kini dengan semangat baharu yang positif. 

Menambah satu lagi lapisan dimensi pada kod jenama Kate Spade, grafik berani motif Noel dan palet warna cerah yang dipertaruhkan membawa pendekatan muda kepada koleksi dan akan dilihat merentas kategori. Diramal akan memberikan para wanita penggemar aksesori sebuah makna baharu, melengkapi penampilan sepanjang musim bunga dan panas. 

See also
Rahsia Mekap Dari Jurusolek Peribadi Adele!