Marvel X Christian Louboutin Melancarkan Koleksi Disney100

Christian Louboutin x Marvel Lancar Koleksi Untuk Peminat Superhero

Marvel bekerjsama dengan Christian Louboutin melancarkan koleksi global edisi khas sempena sambutan Disney100. Koleksi ini menampilkan Infinity Stones ikonik Marvel yang dipamerkan dalam kasut dan aksesori edisi terhad untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak. 

Koleksi kapsul terhad ini dilancarkan bersama buku komik eksklusif yang memperkenalkan superhero berdasarkan Christian Louboutin sendiri. Kerjasama ini menawarkan peluang kepada pengguna Marvel dan Christian Louboutin untuk merasai produk unik ini yang dicipta oleh kedua-dua jenama.

Koleksi edisi terhad ini juga adalah gabungan sebenar antara legasi Savoir Faire karya Christian Louboutin dan hasil penceritaan epik Marvel. Ia diinspirasikan oleh tiga entiti Marvel iaitu Infinity Stones, Namor dan Moon Knight.

Marvel bekerjasama dengan Christian Louboutin meraikan Disney1000 dengan melancarkan kasut dan aksesori edisi terhad.

Kolaborasi Koleksi Edisi Terhad Marvel & Christian Louboutin

Buat pertama kalinya, Marvel memperkenalkan pereka fesyen global, Christian Louboutin sebagai superhero. Kerjasama ini bermula berdasarkan kekaguman Christian Louboutin seumur hidup untuk Marvel dan cintanya terhadap kreativiti berwarna-warni serta penceritaan unik yang terdapat di dalam buku komik Marvel.

The Stones

Koleksi ini menonjolkan kemahiran kraftangan pakar Christian Louboutin. Dalam koleksi The Stones hadirnya beberapa sepatu menarik antaranya:

1. Cosmic Alta Boot

Marvel bekerjasama dengan Christian Louboutin meraikan Disney1000 dengan melancarkan kasut dan aksesori edisi terhad.

Boot COSMIC ALTA rona biru setinggi paha lengkap bersama dengan tumit Plume 100mm yang mempunyai perincian.

See also
Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York

2. Bifrost

Sharp dan classy, model terakhir Condora yang mempunyai tumit 85mm. Bahagian atasnya menampilkan corak holografik yang sangat unik.

3. Legendary Rocks

Marvel bekerjasama dengan Christian Louboutin meraikan Disney1000 dengan melancarkan kasut dan aksesori edisi terhad.

Menyerlahkan kecerahan batu infiniti pada tumit 70mm, boot legendary rocks menjadi kegemaran Christian. Ia juga mempunyai tag lambang Marvel dan rona merah khas untuk Christian Louboutin.

4. Cosmic Boot

Boot COSMIC paras buku lali yang mempunyai perincian pada tumit, datang dalam dua versi iaitu rona hitam anggun dan rona biru

5. Infinity Rocks

Siluet moccasin infinity rocks, dihiasi dengan batu infinity yang cerah dan berkilau.

6. Hero On The Rocks

Marvel bekerjasama dengan Christian Louboutin meraikan Disney1000 dengan melancarkan kasut dan aksesori edisi terhad.

Canggih dan klasik dengan sentuhan mempesonakan yang menampilkan aksen permata yang menyerlah.

7. Infinity Clutch

Tas tangan Infinity Clutch yang sangat klasik dan dihiasi penuh dengan batu rona yang menarik.

8. Infinity Sandal

Sandal Infinity yang penuh statement tampil berani menampilkan tali logam langsing dalam warna merah dan emas menyala serta dipasang pada tumit CONDORA berlian buatan.

The Scales

Koleksi ini merupakan salah satu butiran Christian Louboutin yang paling ikonik dalam bentuk hiasan NAMOR SPIKES yang eksklusif.

1. Sea Warrior

Didatangkan dalam dua variasi iaitu icy silver dan pelbagai rona. Menghiasi kaki dengan permata dan tali logam.

See also
Fashion Youthquake

2. Sea Warrior Clutch

Clutch Sea Warrior mengambil warna Ocean Kingdom atau Vibranium dan mempunyai rantai perak chunky untuk pemakaian yang berbeza.

3. Imperious Rex

Marvel bekerjasama dengan Christian Louboutin meraikan Disney1000 dengan melancarkan kasut dan aksesori edisi terhad.

Sandal Imperious yang menampilkan tali PVC lutsinar. Ia datang dalam versi perak dan pelbagai rona yang menarik.

The Armor

Superhero yang memerlukan Superpower yang direka untuk memberikan pemakainya begitu sahaja, bermula dengan loafer THE AMAZING LOUBI.

1. The Amazing Loubi

Siluet unisex ini memberikan kontras yang ketara antara rona gelap dan rasa moody pada bahagian atasnya dan garis merah Loubi terang pada tapaknya. Pada panel hadapan, hiasan dicipta seperti perisai yang direka untuk nampak lebih striking.

2. Vibrano

Boot ini kelihatan anggun kerana ia dihasilkan oleh material matte dan dipasang lug DUNE pada tapak. Estetika boot ini memberi penghormatan kepada kuasa Black Panther Shuri dan menjadikan pilihan sartorial yang sempurna untuk lelaki dan wanita.

3. Khonshu Crescent

Marvel bekerjasama dengan Christian Louboutin meraikan Disney1000 dengan melancarkan kasut dan aksesori edisi terhad.

Dihiasi dengan panel perak dan paku, kasut Khonshu Crescent diinspirasikan oleh Moon Knight misteri Marvel dan mengambil namanya daripada Egyptian Moon. Menampilkan tapak LOUBISHARK yang ikonik dengan garis merah Loubi yang tajam, bahagian atasnya adalah gaya sharky yang eksklusif.

See also
Wardrobe 02 Bottega Veneta Bersifat Joyful Dan Glamor

4. The Amazing Loubifunk

Dengan siluet seperti perisai dan perkakasan gunmetal, beg galas ini menampilkan campuran kulit matte dan kulit paten, ia dilengkapi dengan tali adjustable dan boleh dipakai silang atau pada bahu.

5. The Mighty Loubi Cap

Topi besbol pertama Maison direka daripada nilon untuk rasa sporty dan dihiasi dengan Namor Spikes untuk kemasan yang tinggi.

Kids

Kerjasama yang sangat istimewa, Christian Louboutin memperkenalkan tiga reka bentuk yang praktikal dan mudah dipasang serta sesuai untuk Superkids yang ingin kelihatan seperti hero kegemaran mereka.

1. The Increadible Loubi

Playful dan penuh imaginasi, kasut direka dalam bentuk yang sempurna untuk SuperKids yang ingin membuka superpower mereka. Setiap jalur warna dilengkapi dengan zip hitam atau perak yang memudahkan.

2. Wakanda

Menawarkan sentuhan pada kasut TOY TOY yang sentiasa popular, kasut WAKANDA didatangkan dengan bahagian atas rona hitam pekat dan panel perak Vibranium.

Untu pengetahuan anda, koleksi ini boleh didapati pada 4 Oktober di butik Christian Louboutin di seluruh dunia atau layari www.christianlouboutin.com untuk pembelian online.

Artikel Berkaitan: Kendall Jenner & Bad Bunny Bintangi Kempen Gucci Valigeria