Lebih Hangat Dan Bergaya, Kembara Musim Sejuk Bermula Dengan Uniqlo HEATTECH - Glam Malaysia

Lebih Hangat Dan Bergaya, Kembara Musim Sejuk Bermula Dengan Uniqlo HEATTECH

Akhir tahun ini, serlahkan gaya kembara musim sejuk persis Mira Filzah dan suami dengan Uniqlo HEATTECH yang akan memberikan kehangatan dan keselesaan paling maksima.

Ketibaan bulan November setiap tahun menandakan bermulanya musim percutian musim sejuk, terutamanya ke negara hemisfera utara di Eropah mahupun destinasi Asia popular seperti Jepun dan Korea Selatan. Jika anda merancang untuk bercuti nanti, lengkapkan bagasi stail anda persis pelakon terkenal, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dengan koleksi HEATTECH daripada Uniqlo yang kini lebih hangat, ringan, selesa dan bergaya.

Koleksi HEATTECH musim luruh/sejuk 2022 terus meluncur laju dengan menggunakan inovasi teknologi terkini dalam menghasilkan rangkaian pakaian yang lebih minimalis, tanpa membuat padanan kelihatan lebih besar. Juga, musim ini hadir dengan lebih variasi pilihan warna dan rekaan yang boleh digayakan mengikut destinasi percutian yang berbeza nanti.

 

The Heat Goes On

Sejak dilancarkan pada 2003, Uniqlo HEATTECH telah diinspirasikan daripada rangkaian pakaian dalam Uniqlo Dry terdahulu. Sehingga musim ini, setiap koleksi terus mencabar sempadan desain dan teknologi dalam penghasilan koleksi yang penuh inovasi. Dan paling utama, peminat boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah secara atas talian pada harga yang mampu dimiliki semua.

See also
Ini Fakta Mengejutkan Tentang Mira Filzah, Jelitawan Dan Bintang Paling Popular 2019

Selain dapat menghangatkan diri dengan teknologi retensi haba terkini, koleksi pakaian ini boleh didapati dalam tiga pilihan kehangatan iaitu HEATTECH, HEATTECH Extra Warm dan juga HEATTECH Ultra Warm yang bergantung kepada destinasi percutian dan tahap kesejukan yang berbeza. Koleksi Uniqlo LifeWear ini juga kekal bergaya dan trendy untuk padu padan dalam merefleksikan gaya hidup dan stail peribadi tersendiri

 

HEATTECH Makes Winter Fashion Hot

Sama ada buat lelaki, wanita mahupun kanak-kanak, Uniqlo HEATTECH akan melengkapi bagasi kembara musim sejuk dengan himpunan pakaian yang bergaya. Keselesaan terus menjadi keutamaan dalam setiap koleksi, dan kini dengan pilihan fabrikasi dan warna yang variasi untuk padu padan gaya yang merefleksikan ilham LifeWear sebenar.

Dari pakaian dalam kepada beanie, juga kemeja-t, stoking serta sarung tangan, koleksi HEATTECH Extra Warm turut hadir dalam pilihan fabrikasi yang berbeza. HEATTECH Cotton merupakan teknologi baharu daripada Uniqlo buat yang mahukan keselesaan dalam pakaian kapas. Ianya lembut dan cukup selesa apabila bersentuhan dengan permukaan kulit.

See also
Persembahan Koleksi Bunga/Panas '19 Tory Burch Ibarat Wanderlust Alaf Baru

Eksklusif buat wanita, Uniqlo menampilkan himpunan Seamless Ripped yang terbaharu musim ini. Fabrik bergelung yang dihasilkan dengan mesin kait istimewa memberikan lapisan udara yang akan menghasilkan tekstur lebih lembut, serta kehangatan yang lebih selesa. Selain rekaan sisi yang tidak berkelim, ia juga ringan dan nipis seperti keselesaan yang dirasai tanpa memakai sebarang helaian.

 

Koleksi Uniqlo HEATTECH boleh didapati di semua stor fizikal Uniqlo di seluruh negara, dan stor atas talian Uniqlo Malaysia di sini.

 

Foto: Uniqlo Malaysia

Baca lebih lanjut: Ines De La Fressange Beri Idea Parisian Pada Uniqlo