Ikon Fesyen: Caroline De Maigret - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Caroline De Maigret

Caroline de maigret 2

Gambar: Arkib GLAM


 
Darah Bangsawan

Dia cucu kepada bekas Menteri, Michel Poniatowski dan anak kepada Bertrand de Maigret iaitu bekas naib presiden Council of Paris serta ahli persatuan Sarthe manakala ibunya pula jaguh sukan renang terkenal iaitu Isabelle Poniatowski. Dilahirkan di Neuilly Sur Seine pada 1975. Memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dan turut menjadi ahli di Sorbonne.
 

Caroline De Maigret3

Gambar: Arkib GLAM


 
French Model

Dia mula dikenali apabila bersama agensi Next Model Management dan bintangnya bersinar ketika Mario Testino merakam gambarnya untuk majalah Glamour. Malah, wajahnya mula menghiasi pentas peragaan terkenal seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton, Balenciaga, Marc Jacobs, Hermes, Jil Sander, Valentino dan Hussien Chalayan.
 
Wajah kempen

Memiliki wajah klasik dan menawan menarik syarikat kosmetik terkenal, Lancome untuk mengambilnya sebagai duta rasmi pada 2014. Jelasnya, “It’s very interesting to see that they’re aiming to have women with stories and substance be faces of the brand.” Selain itu, dia turut menghiasi beberapa kempen kosmetik kecantikan yang lain seperti Garnier, Oil of Olay dan Pantene.
 

Caroline de maigret new

Gambar: Arkib GLAM


 
Muse Chanel

See also
Modern Parisian Girls Menghiasi Pentas Peragaan Dior

Pada 2011, Karl Lagerfeld menyunting dia sebagai muse Chanel yang ingin mengembalikan dia beraksi di pentas peragaan Chanel. Jelas Karl, dia sememangnya seorang wanita yang punya cerita tersendiri. Tidak sahaja berbakat dalam bidang peragaan mahupun fesyen malah dia turut terkenal dengan taste unik dalam susunan runut muzik.
 
Produser Muzik

Mempunyai syarikat rakaman peribadi hasil gabungan bersama pasangannya iaitu Bonus Tracks Records. Banyak menghasilkan lagu bagi soundtrack filem, runut bunyi untuk pengiklanan. Malah, dia pernah tercalon dalam Cesar Academy untuk kategori Best Soundtrack of the Year. Cintanya terhadap muzik turut diwarisi anak lelakinya yang dilihat pandai bermain peralatan muzik.