Horizon Wanita: Datin Nina Ismail Sabri - Glam Malaysia
datin nina ismail sabri

Horizon Wanita: Datin Nina Ismail Sabri

Usai sahaja sesi bergambar, saya tarik Datin Nina Ismail Sabri untuk berbual lanjut. “Sekejap shoot dengan GLAM, you all tahu apa yang dimahukan,” puji Datin Nina atau lebih senang dengan panggilan Nina. Saya berterima kasih padanya, terus membuka bicara untuk tahu apakah yang membuatkan dia gembira
sekarang? “Saya cukup bahagia dan gembira apabila dapat habiskan masa bersama keluarga. Apatah lagi sekarang ada Jeanelle, maka amat penting untuk kami sekeluarga untuk habiskan masa yang berkualiti bersama,” jawabnya. Nina juga berkongsi walaupun sesibuk mana suaminya, Datuk Jovian Mandagie, tetapi mereka tetap akan mengerjakan solat berjemaah bersama. “Jovian dan saya akan mulakan pagi berjemaah untuk Subuh. Sesudah itu, Jovian akan habiskan masa merencanakan jadual hariannya. Manakala saya akan ambil masa sejam selalunya untuk berehat. Tetapi kami akan sentiasa sarapan pagi bersama.”

Datin Nina Ismail Sabri dalam busana dan beg Louis Vuitton

Nina sangat bersetuju untuk wanita mengimbangi kehidupan sosial mereka dengan kehidupan di rumah. “Ketika Jeanelle dan Jovian sudah keluar rumah, saya akan habiskan masa personal dengan menjawab email. Sesudah itu, akan ke tadika dan petang ke salun pula. Waktu tengah hari akan selitkan bersama teman. Sesibuk mana pun, tepat jam lima petang, saya akan ada di rumah untuk menghabiskan masa dengan Jeanelle sebelum dia masuk tidur pada jam 8.30 malam.” “Apa pesanan terbaik untuk ibu baharu?” “Paling penting adalah untuk tidak berasa tertekan dengan keadaan sekeliling. Saya sendiri dihujani dengan banyak informasi daripada orang lain. Perlu tahu yang anak kita semua mempunyai lain-lain cara pembesarannya. Kamu yang ada hubungan istimewa dengan anak itu sendiri. Lambat laun kamu akan tahu bagaimana dan cara terbaik membesarkan anak itu.”

Baju dan beg Capucines Louis Vuitton

“Saya dibesarkan dengan dikelilingi oleh wanita-wanita yang cukup kuat. Seperti ibu, ibu mertua dan tidak lupa nenek saya sendiri. Mereka semua ini cukup berani dengan berdiri pada atas kaki mereka sendiri. Sebelum kahwin, Jovian ada beri cadangan untuk saya tidak perlu bekerja. Tetapi, saya melihat ibu sebagai contoh yang bertahun-tahun bekerja lamanya. Dia menjadi idola bagi saya untuk financially independent. Dengan ada duit sendiri kita boleh beli beg sendiri tanpa minta pada suami!” jawapannya disambut gelak tawa. Nina juga berkongsi rakan terdekatnya sebagai seri tauladan dalam menjadi ibu dan isteri terbaik buat keluarga.

See also
Santai Chloë Grace Moretz Di California Bersama Koleksi S/S 18 Jimmy Choo

Pautan Berkenaan: Horizon Wanita: Datin Vivy Yusof