Gaya Pentas Paling Diingati Dalam Sejarah Super Bowl - Glam Malaysia
Gaya Pentas Paling Diingati Dalam Sejarah Super Bowl

Gaya Pentas Paling Diingati Dalam Sejarah Super Bowl

Super Bowl LVIII yang diadakan di Las Vegas pada 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dan bertenaga.

Berjuta-juta peminat football tidak melepaskan peluang menyaksikan San Francisco 49ers menentang Kansas City Chiefs dan menonton persembahan separuh masa yang cukup menghiburkan.

Sejak 90-an, ramai bintang termasyhur dalam industri muzik telah menghangatkan pentas separuh masa Super Bowl bukan sahaja dengan bakat, tetapi juga pakaian mereka. Tahun demi tahun, kostum penghibur tampil lebih bergaya dan sukar dilupakan.

Imbas kembali persalinan ikonik yang digayakan di pentas Super Bowl

 

Jaket gaya tentera dan jaket sut abah-abah emas yang disarung Michael Jackson pada 1993 kekal menjadi salah satu persalinan paling diingati dalam sejarah.

Diana Ross merupakan antara penghibur pertama yang menggayakan beberapa persalinan di pentas separuh masa 1996.

Toni Braxton memukau dengan gaya ‘less is more’ ketika membuat persembahan pada 2000.

Super Bowl

NSYNC tampil berwarna-warni ketika menerajui persembahan separuh masa 2001 bersama Aerosmith. Justin Timberlake paling menyerlah antara semua dalam kemeja-T dan jaket rona hijau.

See also
Tiffany & Co. Lancar Koleksi Baru ROSÉ Edition

NSYNC Super Bowl

Gaya Shania Twain dalam persalinan hitam berkilauan pada 2003 dianggap antara yang paling berani dalam sejarah Super Bowl.

Janet Jackson menggayakan bustier PVC yang mencetuskan kontroversi ini dua kali sepanjang membuat persembahan pada 2004.

Prince membuktikan kehebatan rona terang di atas pentas Super Bowl 2007 dengan menyarung sut biru yang dipadankan bersama kemeja jingga.

Prince Super Bowl

The Black Eyed Peas menggayakan persalinan kulit dengan kerdipan lampu dan rekaan futuristik di pentas separuh masa 2011.

Madonna tampil persis ratu pada 2012 dalam persalinan Givenchy Haute Couture yang menampilkan tiara dan gaun sulaman tangan, tali pinggang ala gladiator serta but paras paha.

Destiny’s Child menyerlah dalam persalinan kulit sedondon kala membuat persembahan di separuh masa Super Bowl 2013.

Bruno Mars dan kumpulan muziknya menggayakan jaket Saint Laurent rona emas yang dipadankan bersama celana hitam dan kemeja putih di pentas 2014.

Katy Perry menetapkan standard tinggi untuk kostum menyeronokkan.

Penyanyi itu menyarung empat persalinan berwarna-warni untuk persembahan 12 minit di pentas Super Bowl 2015.

See also
PINK POWER! 5 Produk Warna Pink Yang Hangat Sekarang

Katy Perry Super Bowl

Coldplay menerajui persembahan separuh masa 2016 namun gaya Beyonce paling mencuri perhatian. Penyanyi itu memberi penghormatan kepada Michael Jackon dengan menyarung kostum hampir serupa yang digayakan mendiang pada 1993.

Lady Gaga mencuri perhatian di pentas 2017 dengan sut badan berkilauan daripada Versace bersama but sedondon.

Justin Timberlake memilih sut camouflage, skarf leher jingga dan kemeja bermotif hutan belantara ketika membuat persembahan solo pada 2018. Walaupun menerima kritikan penonton, ia antara persalinan paling diingati dalam sejarah.

Justin Timberlake Super Bowl

Adam Levine tampil berani di pentas Super Bowl 2019. Dia menggayakan lima persalinan sepanjang 13 minit dan mengakhiri persembahan dengan hanya berseluar panjang.

Adam Levine Super Bowl

Shakira dan Jennifer Lopez menyarung beberapa kostum ketika membuat persembahan bersama pada 2020. Namun paling memukau adalah persalinan terakhir mereka.

The Weeknd hanya menggayakan satu kostum di pentas separuh masa Super Bowl 2021. Bagaimanapun jaket kristal sulaman tangan Givenchy yang dipakainya cukup ikonik kerana mengambil masa 250 jam untuk disiapkan.

Snoop Dogg membawa cetusan warna di pentas 2022 dengan menggayakan tracksuit stail bandana rona biru. Mary J. Blige pula menyerlah dalam sut badan kristal motif harimau bintang Peter Dundas bersama but, sarung tangan dan topi sepadan.

See also
10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjukan Musim F/W 2019

Rihanna memilih jumpsut merah menyala daripada Loewe untuk mengumumkan kehamilannya di konsert 2023.

Super Bowl

Usher menggayakan beberapa kostum ketika membuat persembahan di Super Bowl 2024. Namun paling mencuri perhatian adalah persalinan Off-White yang menampilkan sut biker rona biru-hitam bertatahkan 394,000 kristal.

 

Foto: CNBC/Getty Images/WireImage/FilmMagic

Baca: Stail Terbaik Pelakon Dune: Part Two Di Karpet Tayangan Perdana