Sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, Julianne Moore adalah antara pelakon yang disegani kerana bakat seninya yang diiktiraf pelbagai anugerah termasuklah pencalonan sebanyak empat kali di Anugerah Oscar dan yang terbaru, memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Cannes Film Festival. Bakal menjangkau usia 54 tahun lewat tahun ini, pelakon berambut merah ini sering tampil elegan kala bergaya di karpet merah. Tidak mahu tampil selari dengan aktres seusianya, dia gemar menyuntik sedikit elemen seksi dan berani dalam gayanya.
Mengenakan persalinan hitam berkilaun dengan fringed layering dari Tom Ford sewaktu tayangan perdana filem Mockingjay di Los Angeles.
Julianne memilih untuk memadankan all white number dari Balenciaga ini bersama clutch juga kasut berwarna putih sewaktu menghadiri 18th Annual Hollywood Film Awards.
Ketika tayangan perdana filem Mockingjay di London, dia sekali lagi memilih dress berwarna hitam dari Balenciaga dengan detail jarang di tepi serta lengan beserta panel di bahu yang ternyata give an edge to otherwise a boring black dress.
Gaun draped simetri dari Giambattista Valli Couture ini ternyata menonjolkan sisi glamor pada Julianne sewaktu tayangan perdana filem Maps to the Stars di Toronto International Film Festival.
Kelihatan anggun dengan persalinan putih dari Chanel dengan perhiasan manik di dada semasa tayangan perdana filem Still Alice juga di Toronto International Film Festival.
Usia 50an bukanlah penghalang untuk Julianne menggayakan leather! Membuktikan bahawa dia berani serta fashion forward, Julianne memilih untuk menggayakan dress dari Louis Vuitton ini ketika tayangan perdana filem Mr. Turner di Festival Filem Cannes.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
