Gaun Perkahwinan Puteri Diana Akan Dipamerkan Selepas 40 Tahun - Glam Malaysia
Gaun Perkahwinan Puteri Diana Akan Dipamerkan Selepas 40 Tahun

Gaun Perkahwinan Puteri Diana Akan Dipamerkan Selepas 40 Tahun

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kurator Historic Royal Palaces mengumumkan gaun perkahwinan ikonik Puteri Diana akan dipamerkan di salah satu istana musim panas ini.

Putera William dan Putera Harry telah memberi keizinan agar gaun tersebut menjadi salah satu bahan pameran di Istana Kensington buat tatapan para peminat Diraja.

Gaun dengan ekor sepanjang 25 kaki yang direka oleh Elizabeth dan David Emanual itu akan menjadi sebahagian daripada pameran sementara, Royal Style in the Making di lokasi bersejarah Orangery bermula 3 Jun.

Pameran tersebut akan menerokai hubungan unik antara pereka fesyen dan pelanggan dari golongan Diraja. Ia juga akan mempamerkan barangan fesyen bersejarah unik seperti kanvas yang digunakan untuk gaun pertabalan ibu Ratu Elizabeth II, Queen Elizabeth The Queen Mother pada 1937.

Foto: Historic Royal Palaces