Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan - Glam Malaysia
eka

Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan

Barang kemas koleksi Eka yang dilancarkan pada 2017 mendapat nafas baharu dengan rekaan yang lebih halus di bawah himpunan Eka Tiny.

Eka di FOPE telah mendapat perhatian pecinta barang kemas sejak kali pertama koleksi ini dilancarkan. Diperkasa bukan sahaja dengan nilai material mewah tetapi bersama dengan sistem rekaan yang digunakan. FOPE bangga dengan inovasi sistem Flex’It, inovasi yang sangat menakjubkan ini telah memberikan impak barang kemas mereka lebih bersifat flesksibel. Ia merupakan satu kejayaan dalam paduan inovasi dan pasaran mewah.

eka

Eka bermakna “satu” dalam bahasa Sanskrit

“Satu” menjadi esen penting dalam rekaan ini. Rantai mesh direka dalam satu lilitan yang cukup elegan. Boleh dipakai setiap masa dek kerana rekaan yang kemas dan ringkas. Lalu, bagi menambah baik koleksi moden ini, FOPE dengan bangganya melancarkan pula koleksi Eka Tiny. Rekaan baru yang lebih halus, namun cukup kuat dengan sistem Flex’It yang terkemuka dan dikenali telah dipergunakan untuk menghasilkan barang kemas 18 karat ini.

See also
FOPE, Penyeri Gaya Peribadi Whulandary

EKA TINY MENAMBAT PASARAN MUDA

Kehalusan barang kemas koleksi Eka Tiny ini memuncakkan lagi trend barang kemas. Rekaannya pula lebih kontemporari dengan koleksi rantai dan gelang tangan Eka Tiny yang moden, menambat hati pasaran muda. Permukaan Eka Tiny yang mulus ditambah dengan perincian rondel agar nampak lebih segar.

Melalui koleksi ini juga, FOPE mahu memberi idea-idea kepada pecinta Eka untuk bijak dalam menggayakan koleksi Eka Tiny mereka dalam gaya berlapis-lapis. Gabungan Eka Tiny dalam kelebaran dan saiz yang berbeza memcinta sensasi gaya yang moden.

BARANG KEMAS BUAT JEJAKA

Melihat pada rekaan yang cukup ringkas, FOPE juga melancarkan koleksi barang kemas 18 karat khas buat pasaran lelaki. Gelang tangan dan cincin yang disertakan dengan sistem Flex’It menjadi pilihan lelaki. Apatah lagi, koleksi kali ini direka dengan penambahan berlian hitam sebagai fokus rekaan.

Claudia Piaserico, Pengurus Pembangunan Produk di FOPE mereka barang kemas dengan gabungan emas bersama berlian hitam untuk lelaki yang lebih dinamik. Baik kerja atau pun kembara, dia ini mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi. Lebih penting apabila dia selesa untuk bersifat elegan dan keselesaan adalah amat penting buat pecinta barang kemas FOPE lelaki ini.

See also
Bravery, Ini Barang Kemas Yang Paling Menakjubkan

 

Singgah ke butik FOPE yang terletak di SUEN No. 119 Jalan Maarof, Taman Bangsar 59000 KualaLumpur. Hubungi +6012 239 9029 untuk membuat temujanji.

Pautan Berkenaan: #EVERYDAYJOURNEY, Kembara FOPE Penuh Keagungan dan Selebrasi