‘Semoga Pernikahan Ini Sakinah…’ Anak Najib Razak Selamat Diijabkabulkan Dengan Fitri Aprinasari
Baru-baru ini, anak bekas perdana menteri, Najib Razak, Mohd Nazifuddin Najib dikhabarkan telah melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli politik muda lagi menawan, yang merupakan dari bekas parti pemerintah di Indonesia, Fitri Aprinasari Utami sekitar bulan Mei yang lepas. Dan pada 24 Syawal bersamaan 28 Jun 2019, pasangan ini khabarnya sudah diijabkabulkan. Berita ini disahkan sendiri melalui hantaran di laman Instagram Fitri sendiri. Fitri Aprinasari merupakan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar yang baru sahaja berumur 25 tahun. Ingin tahu lebih lanjut siapa Fitri Aprinasari, klik sini.
Walaupun ada laporan terdahulu mengatakan bahawa mereka merancang untuk mengikat tali pernikahan bulan disember nanti, namun siapa yang mampu melawan aturan tuhan yang jodoh mereka diawalkan. Dalam gambar yang dikongsikan keduanya segak dan menawan menyarung persalinan lengkap baju melayu dan kebaya berona putih. Apa-apapun tahniah GLAM ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!
Jom kita lihat gambar-gambar menarik pasangan sama cantik, sama padan ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

