Kate Spade New York ‘TAKEOVER’ Sunway Pyramid
KATE SPADE MENYAMBUT MUSIM LIBURAN AKHIR TAHUN DENGAN BINAAN STOR POP-UP CANDY INSPIRED DI SUNWAY PYRAMID. KATE SPADE ‘TAKEOVER’ BEBERAPA BAHAGIAN DI SUNWAY PYRAMID UNTUK MENYEMARAKKAN KEHADIRAN KOLEKSI MUSIM PERAYAAN 2022. ANNA JOBLING ANTARA SELEBRITI YANG HADIR.

Anna Jobling & Athina Kamaruddin
Kate Spade New York melancarkan pengambilalihan di beberapa bahagian Sunway Pyramid, termasuk gelanggang luncur sempena mempersembahkan koleksi Holiday 2022. Bersama-sama dengan pembukaan stor pop-up berinspirasikan ‘Candy Bar; yang menarik. Stor pop-up dibina untuk menyemarakkan semangat dan keterujaan sempena musim perayaan dan menjemput komuniti lokal untuk menyertai dan bersama-sama menikmati suasana gembira musim perayaan.
Dibuka untuk kunjungan orang ramai dari 8 hingga 26 Disember 2022, stor pop-up berinteraktif menjemput orang-orang fesyen khasnya untuk memulakan musim perayaan dalam paduan gaya Kate Spade.


Christina & Jesstina Kuan

Hannah Delisha, Nadia Brian & Emma Maembong
Diilhamkan oleh hiasan gula-gula yang terlihat pada seluruh koleksi Kate Spade New York Holiday 2022, terdapat juga tawaran hadiah bentuk gula-gula. Yang nyata mengambil inspirasi daripada seni gaya koleksi perayaan yang dipamerkan. Ini termasuk pada rekaan ready to wear, beg tangan, beg mini, beg tote, dompet, dan banyak lagi pada aksesori unik musim ini. Musim kali ini, pola ragam warna yang diadaptasi Kate Spade cukup eksploratif dengan desain unik nan ikonik.
Dari rangkaian beg dan aksesori kecil, Kate Spade mencampurkan ragam motif dengan warna-warna gula-gula. Ragam motif juga mendapat sorotan pada beg bahu variasi bentuk yang menjadi item pilihan GLAM.
Anna Jobling & Athina Kamaruddin antara yang kelihatan…
Tambah menarik lagi, pengunjung boleh cuba bermain aplikasi permainan digital yang membolehkan anda memenangi hadiah istimewa dari Kate Spade di https://sugarrush.kspadeexperiencemy.com/.
Bagi memeriahkan majlis, selebriti dan pereka kandungan digital, seperti Anna Jobling, Athina Kamaruddin, Jestinna Kuan, Christina Kuan, Shazabae, Emma Maembong, Hannah Delisha dan Isha Norsham antara yang hadir sambil membawa beg tangan Kate Spade New York koleksi Holiday 2022.
Artikel berkaitan: BONIA X Nuxe, Masanya “GLOWING” Bersama Tas Mirror Micro yang Chic
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
