Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBalenciaga Summer 25 Show mengambil alih Kota Paris dengan pertunjukan fesyen di atas landasan meja jamuan sepanjang 47 meter, bersempena Koleksi Musim Bunga/Musim Panas oleh Demna yang cukup unik.
Pertunjukan koleksi Balenciaga Summer 25 bersempena Musim Bunga/Musim Panas adalah seni reka oleh Demna dengan suntikan elemen DNA jenama ini. Berlangsung ketika di Minggu Fesyen Paris, pementasan itu dihadiri oleh barisan hadapan termasuk Anna Wintour, Lindsay Lohan, Emma Roberts, Bill Skarsgård dan Katy Perry diikuti oleh editor dan media serta VIP. Kesemuanya duduk di sekeliling meja makan kayu yang digilap sepanjang 47 meter yang amat luar biasa. Ia diadaptasi daripada memori Demna di mana pada awalnya, kegiatan fesyen Demna bermula hanya di meja dapur dan kini menjadi realiti buat dirinya.

“Kenangan awal saya tentang fesyen bermula dengan saya melukis rekaan pada kadbod, memotongnya dan membuat ‘pertunjukan fesyen’ di atas meja dapur saya. Tiga puluh lima tahun kemudian, rancangan ini menghubungkan saya semula dengan permulaan penglihatan saya. Ia satu penghormatan kepada fesyen yang mempunyai sudut pandangan.” ujar Demna buat penyataan bersempena koleksinya kali ini.

Balenciaga Summer 25, Gabungan Memori Demna dan Identiti Balenciaga
Demna mengubah fantasi fesyen zaman kanak-kanaknya menjadi persembahan yang nyata. Model-model jelita yang catwalk di atas meja 47 meter panjangnya adalah koleksi yang dipilih dan dipersembahkan oleh Balenciaga kali ini. Demna yang menginginkan untuk menghubungkan semula dengan kisah memori awal fesyennya melalui koleksi ini, bukanlah menjadi tema utama. Penampilan pembukaan menyajikan tampilan pakaian dalam retro yang dikontemporarikan dengan padanan pantashoes, lantas memberi keterserlahan elemen seksi namun masih Balenciaga.

Setiap helaian busana nyata berjaya menunjukkan DNA jenama ini yang cukup kuat. Demna menginspirasikan tahun 40-an dengan butiran seperti korset terbuka belakang, perincian renda serta potongan siluet seksi dengan suntikan feminin dan vintaj. Berikutan dengan itu, tiga penampilan terakhir dalam koleksi adalah yang paling berani. Busana dengan siluet bahu berstruktur mempamerkan ketukangan halus dan kreativiti pereka Demna. Aksesori seperti beg Rodeo dan kaca mata hitam pula, menjadi item fesyen yang melengkapi koleksi Balenciaga Summer 25.

Artikel Berkaitan: GLAM Pentas Fesyen: Koleksi Musim Panas 2025 Balenciaga
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
