5 Item Fesyen Untuk Digayakan Musim Panas Pilihan GLAM
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioRaikan musim percutian kali ini dengan penuh gaya dengan himpunan item fesyen menarik yang boleh diterokai. GLAM kongsi lima item mesti miliki bersempena musim panas kali ini!
Musim panas kembali dengan sinaran yang mengilhamkan gaya bebas dan penuh warna. Ini adalah waktu terbaik untuk bereksperimen dengan siluet ringan, rona cerah, dan aksesori yang mencuri perhatian. Dari helaian yang bernafas hingga elemen perincian yang berani, lima item ini bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menjadi pernyataan musim yang melambangkan keceriaan, keselesaan dan keyakinan. Sama ada bersantai di pantai tropika, menjelajahi kota atau sekadar menikmati kopi petang, biarkan pilihan fesyen musim panas anda mencerminkan semangat yang hangat dan bergaya secara effortlessly.
GLAM Fesyen Kongsi Best Hot Items Untuk Diterokai Musim Panas 2025
1. Gucci Giglio

Tampil bergaya musim panas ini bersama tas tangan Gucci Giglio yang muncul sebagai item mesti miliki buat penggemar fesyen yang menghargai gabungan warisan dan gaya kontemporari. Dilancarkan ketika pertunjukan Gucci Cruise 2026 di Florence, tas tangan ini terinspirasi daripada simbol bunga lili yang menjadi lambang kota sejak zaman pertengahan. Didatangkan dalam bentuk material kanvas GG mahupun denim, ia boleh dimiliki mengkut cita rasa tersendiri. Gucci Giglio juga menawarkan kemasan Web yang lengkap dengan kantung boleh ditanggal, nyata praktikal. Ia menggabungkan kod arkib, teknik warisan dan keanggunan moden, lantas menjadikan tas tangan ini satu pernyataan gaya yang mempesona dan tampak mahal sepanjang musim panas.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
