fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dolla Debut Penuh Glowing Dalam GLAM
Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM
A-List GLAM: Cristina Suzanne
Most GLAM 2021: Nelydia Senrose
Gaun Perkahwinan Selebriti Paling Diingati Pada 2023
Home > Fesyen > 5 Gaya YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Pilihan GLAM

5 Gaya YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Pilihan GLAM

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setiap kemunculan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda sentiasa menjadi perhatian ramai – bukan sahaja kerana statusnya sebagai isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, tetapi juga kerana cita rasa fesyennya yang begitu halus, moden dan berkelas. Sama ada dalam persalinan kasual mahupun busana penuh protokol, beliau bijak mengekalkan keseimbangan antara gaya kontemporari dan elemen tradisi yang memperlihatkan identiti diraja. GLAM mengimbas semula tujuh gaya ikonik YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda yang membuktikan bahawa elegan tidak semestinya berlebihan – cukup dengan keyakinan dan kesederhanaan yang tepat. Ini 5 gaya YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda menjadi pilihan GLAM.

YAM Che’ Puan Khaleeda tampil dengan gaya yang chic dan effortlessly classy dalam persalinan kasual mewah ini. Memadankan jaket tweed Chanel rona merah jambu bersama seluar denim bercetak lembut, gaya beliau menyerlahkan sisi feminin yang moden dan anggun. Padanan aksesori mewah seperti beg Chanel WOC bercorak berlian dan sandal satin Gilda daripada Amina Muaddi menambah kemewahan tersendiri — tanpa berlebihan, hanya cukup dengan sentuhan elegan yang subtil. Gaya ini memperlihatkan bahawa fesyen diraja tidak semestinya formal — malah, ia boleh diolah dalam gaya santai harian dengan potongan yang selesa dan palet warna yang manis.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse