Datin X: Tak Tahu Jaga Anak - Glam Malaysia

Datin X: Tak Tahu Jaga Anak


 

Cuak Datin X seorang Datin ni. Orangnya manis lemah lembut, memang baik orangnya. Tapi bila masuk bab anak, bukan main defensive lagi. Yes, Datin X faham. Siapa tak sayang anak. Tapi kalau anak perangainya macam syaitan, siapa yang tidak geram dibuatnya? Datin M ada anak gadis yang cantik molek. Ke mana sahaja bersama. Ke spa bersama, shopping bersama, bercuti bersama, selera berfesyen pun sama. Suka Datin M bila orang membanding-bandingkan dia dengan anaknya… sama cantik macam adik beradik.

 

TAK TAHU JAGA ANAK Anak perempuannya yang cantik itu banyak peminat dan ramai lelaki tergila-gilakannya. Masalahnya, anak perempuannya terlebih gedik dan tidak reti nak setia. Sudahlah macam tu, berlagak dan hidung tinggi. Lepas seorang, seorang dia kecewakan. Sudahlah lelaki-lelaki yang pernah ada hubungan dengannya semuanya anak-anak kawan-kawan ibu bapanya juga.

 

Nak tak nak, bila hubungan retak, tempias terkena jugalah pada si mak ayah. Pernah sekali sampai hampir bertunang. Yang perempuannya tiba-tiba ambil keputusan tidak mahu meneruskan upacara merisik kononnya tidak bersedia.

See also
Kronologi Bekas Teman Lelaki Superstar Model Gigi Hadid

 

Datin M memang pantang bila orang mengungkit cerita ini dan dia akan cepat-cepat defend anak perempuannya, macamlah bagus sangat budak hingusan yang harapkan muka sahaja elok. Nasihat orang tidak diendahkan. Mungkin dia sendiri pun rasa anaknya itu deserve better. Al maklum tengah laku.

 

Hari ini anak perempuannya itu bolehlah kata petik jari 10 mari. Tapi esok lusa bila dah tak cantik lagi, bila dah ada generasi baru yang lagi lawa dan bergetah, barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Sekarang ini pun, ramai yang sudah menjauhkan diri daripada anak gadis Datin M. Yang perempuan sebab meluat, yang lelaki sebab takut di permainkan.