Datin X: Sendiri Takut Guna Produk Pemutih Keluaran Syarikat Sendiri

Datin X: Sendiri Takut Guna Produk Pemutih Keluaran Syarikat Sendiri

Seteruk-teruk manusia yang suka mengadu domba dan bermegah-megah, hina lagi manusia yang hipokrit. Datin X paling tak gemar orang yang bertopeng. Di depan lain, di belakang lain. Oh, let me rephrase that. Di Instagram tunjuk lain, dalam real life pula hakikatnya lain. Seseorang yang Datin X kenali, depan kita cakap pasal agama cukup berapi-api. Ada sahaja mutiara kata yang dimuat naik berserta tulisan yang kononnya mengenai pengalaman sendiri. Berlagak baik macam mana pun, tak mungkin dia dapat menutupi semua celanya apabila diri sendiri pun banyak buat perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama.

 

Dalam pada bertudung litup itu, wanita tersebut pernah memaki-hamun seorang kawan Datin X ini. Diperkenalkan oleh mutual friend, mereka bertemu buat pertama kali untuk suatu urusniaga berkaitan produk kecantikan. Sewaktu lunch meeting, berjam lamanya mereka berbincang dan kedua-duanya gagal mencapai persetujuan. Bila kawan Datin X ini beritahu dengan cara baik yang mereka tidak boleh berkerjasama, mulalah wanita ini naik suara. “You, kalau tak mampu nak buat bisnes, jangan berangan sampai menyusahkan orang! I tak kira… kita kena juga close deal ni. I don’t care! Buang masa I, buang minyak kereta I…” Kawan Datin X dengan suara lembut, cuba menenangkannya dan menawar untuk membayar kosnya pergi balik. Tiba-tiba matanya terjegil marah dalam terkejut. “Hei! You ingat I datang jumpa you ni naik kereta Myvi ke?!” Kata kawan Datin X, walaupun dia sendiri terkejut dan marah, tetapi dia tidak mahu membalas kerana enggan create drama di depan khalayak ramai. Katanya lagi, “Bawa saja beg Birkin… konon ada class, tapi mindset level setinggan. Did I tell you that woman bercakap macam rempit? Kurang ajar dan tidak tahu berbahasa langsung. Macam orang tak sekolah!” Sekarang teman-teman kepada kawan Datin X itu mulai menjauhi wanita tersebut. Takut-takut silap cakap nanti bergaduh pula.

See also
GLAM MEMORI: Datin Seri Juliezulaiha

 

Sebab mulut dia memang jenis yang tak ada insurans, selalu buat orang kecil hati. Dia ingat dia ada duit, dia boleh cakap apa saja?! Oh, lupa pula. Salah satu cabang bisnesnya adalah jual produk kecantikan. Paling laku adalah set kosmetik pemutih muka, walaupun tuan punya produk pun pergi putihkan muka di klinik kulit. Dia sendiri pun tak sanggup nak lumur produk yang dijualnya di muka sendiri, ada hati nak jual pula kepada orang lain!

 

Entah-entah kandungan produk pemutihnya memiliki kandungan yang meragukan, betul tak? Entah selamat atau tidak! Bila orang puji kulit muka cantik, dia mulalah beri testimoni mengenai ‘keberkesanan’ produk kecantikannya. Dia ingat orang tak tahu? Bukan dia seorang sahaja yang jadi klien doktor kulitnya. Inilah dia contoh orang yang tidak ikhlas dalam berniaga. Menipu untuk keuntungan, lebih dasyhat lagi bila kesihatan para pelanggan juga dipertaruhkan demi kesenangan peribadi!